PENCEMARAN DI SUNGAI SEMENYIH MASIH DIKESAN

5 Oktober 2020, 7:30 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih. Sehingga jam 7:30 pagi, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap 5 TON di Muka Sauk LRA Bukit Tampoi dan 7 TON di Muka Sauk LRA Sg. Semenyih.

 

Dalam tempoh lebih 14 jam ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan dan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual tidak dapat ditentukan sehingga kini.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mengambil bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan. Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti di Lampiran A.

 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

WILAYAH

LOKASI PKS

LOKASI PILI AWAM

 

 

 

 

 

Petaling

USJ 4/5

(Koordinat: 3.0519180, 101.5753938)

Masjid Puchong Perdana (Koordinat: 3.010279, 101.608306)

Taman Wawasan

(Koordinat: 3.034391, 101.623609)

Depoh MPSJ TP2, hadapan depoh MPSJ (Koordinat: 3.045194, 101.566097)

PSK 9, Seri Kembangan

(Koordinat: 3.0162582, 101.6988053)

USJ 3A (Koordinat: 3.059964, 101.578238)

Kompleks 3K SS 13 (Koordinat: 3.070589, 101.59331)

Kompleks 3K SS 13 (Koordinat : 3.070589, 101.59331)

Hulu Langat

Berdekatan Masjid Kariah Bangi, Jalan Bangi Lama, Bangi

(Koordinat: 2.900848,101.785512)

Berhampiran Petronas Unikeb, Jalan  1/1 Bdr Baru Bangi (Koordinat: 2.9422500, 101.7672576)

Berhadapan Kedai Nasi Kukus To'we, Jalan Kesuma 3/1, Bandar Tasik Kesuma, Beranang

(Koordinat: 2.905905.101.866013)

Kuala Langat

Petronas Olak Lempit

(Koordinat : 2.833417, 101.606255)

Di hadapan Tangki Air Bandar Sungai Emas, Jalan Emas 15, Bandar Sungai Emas

(Koordinat: 2.822118,101.533448)

Jalan Gangsa TPG

(Koordinat : 2.900801, 101.4740171)

Di hadapan Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Banting

(Koordinat: 2.865313,101.457257)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2

 

 

Sepang

Putrajaya Central, bersebelahan dengan stesen ERL/Hospital Putrajaya

(Koordinat : 2.9332771,101.6706183)

Pekan Salak, landmark: Pasar Awam Pekan Salak

(Koordinat : 101°41'20.671""E, 2°51'28.43""N")

Masjid Taman Putra Perdana, Puchong

(Koordinat : 2.944167,101.611389)

Pasar Pekan Dengkil, landmark: Pasar Awam Pekan Dengkil

(Koordinat : 2°51'19""N, 101°40'50""E")

 

Taman gemilang, landmark: Dewan Orang Ramai Taman Gemilang

(Koordinat : 101°41'20.67""E, 2°51'28.43""N")

 

 

 

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …