PELANGGAN DOMESTIK YANG TIDAK DAFTAR e-BIL AKAN TERIMA BIL AIR SELANGOR DUA BULAN SEKALI

4 Mei 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bermula 1 Julai 2020, pelanggan domestik di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak mendaftar untuk e-bil Air Selangor akan menerima bil air bulanan mereka setiap dua bulan sekali iaitu pada bulan kedua melalui pos.

 

Pelanggan akan menerima bil bulan semasa mereka yang disatukan dengan bil bulanan sebelumnya dalam satu bil. Manakala, tarikh akhir pembayaran bil bagi pelanggan domestik yang tidak daftar e-bil ialah 30 hari dari tarikh bil air bulan kedua dikeluarkan.

 

Praktis ini hanya untuk pelanggan domestik sahaja. Bagi pelanggan selain domestik pula, mereka akan menerima bil air setiap bulan seperti biasa.

 

Manakala, pelanggan yang telah mendaftar e-bil iaitu menerima bil air melalui e-mel atau aplikasi Whatsapp pula akan menerima bil bulanan seperti biasa.

 

Kaedah ini dilaksanakan oleh Air Selangor bagi mengurangkan pelangganan kertas selaras dengan sokongan Air Selangor ke arah Go Green.

 

Air Selangor menyarankan para pelanggan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masih belum memilih menerima e-bil Air Selangor untuk mendaftar e-Bil di https://update.airselangor.com dan memilih untuk menerima melalui e-mel atau WhatsApp. Pelanggan yang ingin mendapat bil air melalui perkhidmatan WhatsApp perlu memastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul dan boleh menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai bekalan air, para pelanggan boleh menghubungi kami di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram) serta laman sesawang Air Selangor (www.airselangor.com).

 

Air Selangor juga menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun aplikasi Air Selangor di telefon pintar menerusi App Store ataupun Google Play untuk maklumat semasa bekalan air atau semakan bil air.

 

- Tamat -

 

_________________________________________

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that beginning 1 July 2020, domestic customers in Selangor, Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya who did not signed up for Air Selangor's e-bill will receive their monthly water bill once every two months by mail.

 

Customers will receive a combined bill consisting of their current month’s bill and the previous month’s bill. Meanwhile, the bill payment deadline for domestic customers who did not register for the e-bill, is 30 days from the date of the second month’s water bill issue date.

 

This practice is for domestic customers only. For non-domestic customers, they will receive the monthly water bills as usual.

 

Customers who have signed up for the e-bill will receive their water bills via email or Whatsapp on a monthly basis, as usual.

 

This method is being implemented by Air Selangor to reduce paper usage, in line with Air Selangor's support towards the Go Green initiative.

 

Air Selangor advises customers in Selangor, Federal Territory of Kuala Lumpur and Putrajaya who have not yet opted to receive Air Selangor e-bill, to sign up for e-Bill at https://update.airselangor.com and choose to receive their bills through email or WhatsApp. Customers who would like to receive their water bill via WhatsApp would need to make sure their registered phone number is correct and able to receive messages through WhatsApp.

 

For more information and assistance regarding water supply, customers can contact us at 15300, WhatsApp 019-2800919 or 019-2816793, or view our social media accounts (Facebook, Twitter and Instagram) as well as the Air Selangor’s website (www.airselangor.com).

 

Air Selangor also encourages customers to download the Air Selangor application on their smartphone through the App Store or GooglePlay for information on water supply or to review their water bill.

 

- END -