PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR (19 Oktober 2020, 6:30 petang)

19 Oktober 2020, 6:30 petang

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah memulakan operasi rawatan air pada jam 6:00 petang, hari ini. Keempat-empat loji ini akan memaksimakan pengeluaran dan memenuhi paip-paip utama dan kolam terminal. Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada pengguna pada jam 8:00 pagi esok, 20 Oktober 2020.

 

Air Selangor telah menyediakan pelan pemulihan bekalan air untuk 1,292 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Jadual pelan pemulihan dibahagikan kepada tiga kumpulan utama mengikut wilayah seperti berikut:

 

BIL.

WILAYAH

Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3

Pulih sepenuhnya pada 8:00 pagi,
21 Oktober 2020

 

 

Pulih sepenuhnya pada 8:00 pagi,  
22 Oktober 2020

 

Pulih sepenuhnya pada 8:00 pagi,
23 Oktober 2020

 

1

Petaling

9

202

93

2

Klang

47

8

122

3

Gombak

176

21

77

4

Kuala Lumpur

81

32

134

5

Hulu Selangor

17

0

0

6

Kuala Langat

4

0

4

7

Kuala Selangor

260

3

2

 

Jadual pelan pemulihan bekalan air mengikut kawasan adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor memohon kerjasama para pengguna agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di semua kawasan terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air.

 

 

Setakat ini, Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis yang terjejas. Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui 21 pili awam, menempatkan 34 tangki statik di 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang disediakan semasa tempoh pemulihan bekalan air ini. Sila rujuk senarai pili-pili awam dan PKS di laman sesawang www.airselangor.com. Para pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki, di pili-pili awam dan PKS.

Air Selangor akan memaklumkan status pelan pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.   

 

 

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

 

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …