NOTIS MAKLUMAN - PENUTUPAN SEMENTARA KAUNTER PERKHIDMATAN

19 Mac 2020

 

Merujuk kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah mengambil inisiatif untuk menutup sementara semua Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

 

Sepanjang penutupan sementara tersebut, para pelanggan Air Selangor digalakkan untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) melalui;

 

a . Jompay

b.  Aplikasi Air Selangor

c. Portal Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor

d. Ejen Kutipan Berdaftar Air Selangor

 

Manakala bagi lain - lain perkhidmatan yang melibatkan urusan selain pembayaran, seperti Permohonan Pertukaran Hakmilik dan lain-lain perkhidmatan, pelanggan di sarankan untuk mengajukan borang permohonan melalui emel di wecare@airselangor.com.

 

Oleh kerana Air merupakan salah satu  perkhidmatan penting negara, Operasi Loji Rawatan Air (LRA) dan sistem bekalan air kepada pelanggan akan beroperasi seperti biasa. 

 

Air Selangor berharap pelanggan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dan pematuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Untuk maklumat lanjut para pelanggan boleh merujuk kepada Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau laman sesawang kami di www.airselangor.com serta hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.