Makluman Pelaksanaan Kerja-kerja Menaiktaraf Sistem Bekalan Air

18 NOVEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan pelanggannya berhubung pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching.

 

Usaha yang dilaksanakan Air Selangor ini adalah bagi memastikan sistem bekalan air berada dalam keadaan baik serta mengelakkan insiden luar jangkaan yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pelanggan sekiranya kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air ini tidak dilaksanakan.

 

Sehubungan itu, Air Selangor mengeluarkan notis makluman ini agar pelanggan yang terkesan dapat membuat persediaan awal bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara untuk tempoh 20 jam yang akan bermula pada jam 9:00 malam, Khamis 28 November 2019. Bekalan air akan dibuka sejurus kerja-kerja menaiktaraf siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada jam 5:00 petang, Jumaat 29 November 2019.

 

Sebanyak 15 kawasan di wilayah Gombak dan 17 kawasan di wilayah Hulu Selangor melibatkan 22,958 akaun pelanggan berdaftar akan terjejas dengan gangguan bekalan air sementara ini. (sila rujuk senarai kawasan seperti di lampiran).

 

Pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan. Air Selangor juga akan menggerakkan bantuan lori-lori tangki air dengan keutamaan kepada premis kritikal serta kecemasan.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan Air Selangor mengambil segala usaha bagi mempercepatkan pelaksanakan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air ini mengikut jadual serta meminimakan impak gangguan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian 15300 atau dapatkan maklumat serta status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com. Pelanggan juga boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.

 

 

 

 

Lampiran

 

Senarai Kawasan Gangguan

 

Wilayah Gombak

Aman Siara

Kampung Selayang Permai

Selayang Heights

Bandar Baru Selayang

One Sierra

Taman Bukit Idaman

Idaman Hill

Perdana Residensi

Taman Puncak Templer

IPD Gombak

Perindustrian Taman Selayang Baru

Taman Selayang Baru

Kampung Selayang Baru

Prima Selayang

Taman Selayang Segar

 

 

 

Wilayah Hulu Selangor

Dolomite Templer

Seluruh Prima Ville

Taman Mawar 355

Kampung Melayu Batu 16

Seluruh Perniagaan Reef/TESCO

Taman Setia

Kampung Sungai Samak

Seluruh Rawang Perdana

Taman Setia Jaya

Perindustrian Massalam

Seluruh Taman Tun Perak

Taman Tun Teja

Sebahagian Bukit Rawang Putra (FLAT)

Taman Desa Sri Bayu

Templer Saujana

Seluruh Kawasan Templer

Taman Kanching Jaya