Makluman Pelaksanaan Kerja-Kerja Kecemasan

29 OKTOBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan pelanggannya berhubung pelaksanaan kerja-kerja kecemasan penggantian injap (Sluice Valve) di kawasan Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran serius. Kerja-kerja penggantian injap ini adalah kritikal dan perlu dilaksanakan dengan segera bagi mengelakkan insiden diluar jangkaan yang boleh menjejaskan bekalan air kepada pelanggan.

 

Sehubungan itu, Air Selangor mengeluarkan notis makluman ini agar pelanggan yang terkesan dapat membuat persediaan bagi menghadapi gangguan bekalan air sementara untuk tempoh 23 jam ekoran pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap yang akan bermula pada jam 9:00 malam, Khamis 31 Oktober 2019. Bekalan akan dibuka sejurus kerja-kerja pembaikan siap dan disasarkan pulih sepenuhnya pada jam 8:00 malam, Jumaat 1 November 2019.

 

Sebanyak 120 kawasan di wilayah Gombak dan 57 kawasan di wilayah Kuala Lumpur melibatkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar akan terjejas dengan gangguan bekalan air sementara (sila rujuk senarai kawasan seperti di lampiran).

 

Pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air bagi kegunaan sepanjang tempoh gangguan. Air Selangor akan menggerakkan bantuan lori-lori tangki air dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal serta kecemasan.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan Air Selangor mengambil segala usaha bagi mempercepatkan dan melaksanakan kerja penggantian injap ini mengikut jadual dan pemulihan bekalan serta meminimakan impak gangguan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300 atau mendapatkan maklumat serta status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com.

 

Pelanggan juga boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.

 

Senarai Kawasan Gangguan

Lampiran:

Wilayah Gombak

Ampang Avenue

Kuala Ampang

Taman Keramat AU1

Ampang Jaya

Medan Putra

Taman Keramat AU 2

Ampang Utama

Melawati Mall

Taman Keramat AU 3

Ampang Waterfront

Mesra Ria Apartment

Taman Keramat AU 4

Apartment Mesra Prima

Nusa Tropika

Taman Keramat AU 5

Apartment Mesra Villa

One Jelatek

Taman Kesuma

Apartment Sri Nilam

Paradesa Rustika

Taman Kosas

Bandar Manjalara

Paradesa Tropika

Taman Permai Jaya Ampang

Bandar Sri Damansara (SD 1 Hingga SD 5)

Pinggiran Ukay

Taman Permai Villa

Bandar Sri Damansara (SD 7 Hingga SD 15)

Puncak Setiawangsa

Taman Permata

Bayu Meranti

Riana Ukay

Taman Perwira Ampang

Beverly Heights

Riverdale Apt Bukit Antarabangsa

Taman Rasmi Jaya

Bukit Antarabangsa

Sering Ukay

Taman Setia Hill

Bukit Jubina

Sierra Ukay

Taman Setiawangsa

Bukit Mewah

Sunway Harmoni

Taman Sri Bayu

Bukit Mulia

Sunway SPK

Taman Sri Ehsan

Bukit Setiawangsa

Taman Ampang Indah

Taman Sri Merdeka

Damansara Foresta

Taman Ampang Mewah

Taman Sri Raya

Dataran Ukay

Taman Ampang Prima

Taman Sri Ukay

Desa Aman Puri

Taman Andaman Ukay

Taman Sri Watan

Desa Aman Utama

Taman Bandar Baru Ampang

Taman TAR (Tun Abdul Razak)

Desa Park City

Taman Bukit Ampang

Taman Tasek Tambahan

Finas

Taman Bukit Desa

Taman TTDI Jaya (Bukit Indah)

Flat Sri Cempaka

Taman Bukit Indah

Taman Uda Jaya

Flat Sri Meranti (Sri Damansara)

Taman Bukit Jaya

Taman Ukay Heights

Hillside Estate

Taman Bukit Maluri

Taman Ukay Indah

Jalan Jelatek

Taman Bukit Utama & Puncak Bukit Utama

Taman Ukay Perdana

Kampung Indah Permai

Taman Cahaya Indah

Taman Usaha Jaya

Kampung Pasir Hulu Kelang

Taman Dagang Permai

Taman Villa Sri Ukay

Kawasan Perindustrian Ehsan Jaya

Taman Dato’ Ahmad Razali

Taman Wangsa Permai

Keramat Hujung

Taman Daya

Taman Wangsa Ukay

Kg Ampang Campuran

Taman Desa Jaya

TESCO Manjalara

Kg Ampang Indah

Taman Desa Pendidik

Tinjani Ukay

Kg Baru Ampang

Taman Fairuza Ampang

Tmn Sri Ampang

Kg Dato Mufti

Taman Grandview Ampang

Ukay Bistari

Kg Kemensah

Taman Halaman

Ukay Boulevard

Kg Melayu Ampang

Taman Hijau

Ukay Seraya

Kg Muhibbah

Taman Hillview

Ukay Tropika

Kg Sg Sering

Taman Indah Perdana

Villa Manja

Kg Tasek Permai

Taman Kelab Ukay

Zoo Negara

 

 

 

 

Wilayah Kuala Lumpur

Bandar Sri Permaisuri

Jalan Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra)

PULAPOL

Desa Pahlawan

Jalan U-thant, Jalan Lingkungan U-thant, Jalan Taman U-thant, Lorong
U-thant 1-4

Rejimen 515 Askar Wataniah

Desa Pandan

Jalan Wickham

Taman Ampang Hilir

Flat Sri Melaka

Jalan Kedondong

Taman Bakti

Jalan Cochrane, Taman Maluri

Jalan Keranji

Taman Cahaya

Jalan Gurney

Kementah

Taman Cempaka

Jalan Jelawat

Kg Dato’ Keramat

Taman Cheras Indah

Jalan Langgak Golf

Kg Pandan

Taman Dagang

Jalan Madge

Kg Pandan Dalam

Taman Ikan Emas

Jalan Maktab

Kg Pandan Luar

Taman Ikhsan

Jalan Mengkuang

Lorong 4, Desa Pahlawan

Taman Kobena

Jalan Mengkudu

Lorong Delapan, Kg Pandan

Taman Maluri

Jalan Padang Tembak

Pandan Cahaya

Taman Miharja

Jalan Peel, Taman Maluri

Pandan Jaya

Taman Nirwana

Jalan Pegawai

Pandan Utama

Taman Putra Sulaiman

Jalan Penggawa

Persiaran Ampang

Taman Shamelin Perkasa

Jalan Perumahan Gurney

Persiaran Ampang Hilir, Jalan Ampang Hilir 1-4, Jalan Gerbang Ampang Hilir

Taman Tenaga

Jalan Pinggir Widley

Perumahan Sommerset Close (Jalan Yaakob Latiff)

Taman U-thant

Jalan Ru

Perwira Jaya

Wisma Transit Kuala Lumpur