Makluman Gangguan Bekalan Air Sementara Ekoran Gangguan Bekalan Kuasa TNB Di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3

11 Januari 2020

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan gangguan bekalan kuasa oleh Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) telah berlaku di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan menyebabkan hentitugas loji-loji tersebut pada jam 11.10 pagi.

 

Berikutan kejadian tersebut, beberapa kolam-kolam utama telah mengalami penyusutan bekalan air terawat hingga menyebabkan beberapa kawasan di wilayah Klang dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah.

 

Antara kawasan-kawasan yang terlibat dalam gangguan bekalan air dan tekanan rendah adalah seperti berikut :

 

KLANG

Kapar

Teluk Gong

Meru

Pulau Indah

Sebahagian Klang

Pulau Ketam

 

KUALA SELANGOR

Bandar Baru Kuala Selangor

Pekan Kuala Selangor

Sungai Buloh Jeram

Bukit Cherakah

Seluruh Bukit Kerayong

Sungai Janggut

Bukit Hijau

Seluruh Ijok

Tambak Jawa

Bukit Kuching

Seluruh Sungai Sembilang

Uitm Puncak Alam

Parit Mahang

 

 

 

Walau bagaimanapun, bekalan tenaga elektrik telah pulih dan loji-loji telah mula beroperasi semula pada jam 1.30 petang.

 

Pihak kami sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di kawasan-kawasan terjejas.

 

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Pihak Air Selangor akan sentiasa mengemaskini maklumat gangguan ini dari semasa ke semasa untuk pengguna merancang penggunaan bekalan air harian.

 

Terima kasih.