MAKLUMAN AWAL: PENGESANAN PENCEMARAN MINYAK DI SUNGAI SELANGOR

27 Mac 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor  Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2) dan Fasa 3 (SSP3) terpaksa dihentitugas pada jam 9:40 pagi, hari ini (27 Mac 2020).

 

Henti tugas kesemua LRA  ini terpaksa dilakukan akibat pencemaran minyak yang dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 9.30 pagi ini.

 

Pihak Air Selangor telah melaporkan insiden pencemaran ini kepada pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan semua tindakan perlu sedang diambil oleh pihak Air Selangor dan LUAS untuk meminimakan impak kepada pengguna berikutan insiden ini.

 

Pada masa ini bekalan air masih terus disalurkan kepada para pengguna dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Dalam tempoh ini para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.

 

Para pengguna juga digalakkan muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.

 

- TAMAT –