LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1, 2, 3 DAN RANTAU PANJANG MASIH BELUM BEROPERASI (4 September 2020, 7:00 pagi)

4 September 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 6:30 pagi ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 1 TON. LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap 0 TON.

 

Bantuan bekalan air akan terus diagihkan melalui lori-lori tangki air. Pengguna disarankan mendapatkan bekalan air melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang sedang beroperasi 24 jam sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.      

 

 

– TAMAT –

 

Related posts

default
E Bil Hari Bumi 2
Announcements

Peralihan daripada pengebilan berasaskan kertas kepada e-Bil dapat mengurangkan jejak karbon kepada alam sekitar, menyumbang kepada persekitaran bumi yang lebih …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …