LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1, 2, 3 DAN RANTAU PANJANG MASIH BELUM BEROPERASI (3 September 2020, 10:00 Malam)

3 September 2020, 10:00 Malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang masih belum beroperasi sehingga jam 9:30 malam ini kerana pencemaran masih lagi dikesan di muka sauk loji-loji dan berada pada tahap 2 TON.

 

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.  

 

 

- TAMAT –