LOJI-LOJI RAWATAN AIR DI SUNGAI SELANGOR BEROPERASI SEMULA

27 Mac 2020: 2:00 Petang

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa ketiga-tiga loji rawatan air (LRA) yang terpaksa dihentitugas pada jam 9:45 pagi, hari ini (27 Mac 2020) akibat pencemaran minyak di Sungai Selangor telah kembali beroperasi pada jam 11:55 pagi ini.

 

Tindakan pantas melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif (OPAK) di Bestari Jaya telah mempercepatkan aliran (flushing out) air yang tercemar ke hilir Sungai Selangor dan sehingga sehingga jam 11.50 pagi tiada lagi minyak dikesan pada muka sauk ketiga-tiga LRA tersebut.

 

Dengan pengoperasian semula ketiga-tiga LRA tersebut, tiada kawasan yang terjejas kerana paras kolam takungan pada sistem agihan bekalan air berada pada tahap optimum.

 

Air Selangor sentiasa memastikan bekalan air bersih yang disalurkan kepada pengguna dipantau rapi dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Air Minum oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, para pengguna dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.

 

- TAMAT –