KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI WILAYAH PETALING SIAP SEPENUHNYA

25 JUN 2020, 7:00 PAGI

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenswington Avenue, Sungai Besi telah siap dilaksanakan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 3.00 pagi, hari ini.

 

Bekalan air telah disalurkan ke kawasan Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan di Wilayah Petaling dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 8:00 pagi ini.

 

Bagi kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas. Para pengguna disarankan menggunakan air secara berhemat.

 

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –

 

________________________________________________________

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that the pipe burst repair work beside Besraya Highway, near the Kenswington Avenue Condominium, Sungai Besi has been completed ahead of schedule at 3:00 am, today.

 

Water supply is being distributed to Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan and Kampung Baru Salak Selatan in the Petaling Region, and is expected to be fully restored by 8:00 am, this morning.

 

For areas that are still in the process of restoration, assistance through the mobilisation of water tankers are still ongoing. Customers are advised to use water prudently.

 

Water supply information in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya is available from time to time through all communication mediums of Air Selangor including Twitter, Facebook, Instagram and our corporate website at www.airselangor.com.

 

- END -