Kerja-kerja Pembaikan Paip Pecah di Wilayah Gombak Siap Dilaksanakan

7 Februari 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Kelang telah siap dilaksanakan pada jam 2:20 petang.

 

Bekalan air telah mula disalurkan ke kawasan-kawasan terjejas dan sehingga jam 6:00 petang, 44.8 peratus (%) atau 26 daripada 57 kawasan terlibat di Wilayah Gombak telah pulih. Segala usaha sedang diambil oleh Air Selangor bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan serta meminimakan impak gangguan kepada para pelanggan.

 

Pemulihan bekalan air kepada pelanggan bergantung kepada kedudukan geografi dan altitud premis pelanggan. Kawasan yang berhampiran dengan sistem agihan dijangka menerima bekalan lebih awal dan begitu juga sebaliknya. Senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti di Lampiran A.

 

Kerjasama dan sokongan para pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan air sementara ini amatlah dihargai dalam usaha Air Selangor memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

 

- TAMAT –

Lampiran A – Kawasan masih dalam proses pemulihan

 

AEON Big Ampang

Kg Tasik Permai

Tmn Permai Jaya Ampang

Ampang Waterfront

Kg/Tmn Tasek Tambahan

Tmn Sering Ukay

Aparment Mesra Prima

Tinjani Ukay

Tmn Sri Ampang

Aparment Mesra Ria

Tmn Beverly Height

Tmn Sri Baru Ampang

Apartment Mesra Villa

Tmn Bukit Ampang

Tmn Sri Bayu Ampang

Bandar Baru Ampang

Tmn Bukit Jubina

Tmn Sri Merdeka

Kg Ampang Campuran

Tmn Bukit Mulia

Tmn Ukay Seraya

Kg Ampang Indah

Tmn Dagang Permai

Tmn Ukay Tropika

Kg Indah Permai

Tmn Fairuza Ampang

Tmn Watan

Kg Muhibah Ampang

Tmn Halaman Kesuma

Ukay Bestari

Kg Sg Sering

Tmn Kelab Ukay