Kerja-Kerja Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Kolam Sedut Bukit Kanching Telah Dimulakan

28 NOVEMBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching telah dimulakan hari ini mengikut jadual seperti hebahan pada 18 November 2019.

 

Kerja-kerja menaiktaraf ini dijangka akan siap pada jam 5:00 pagi, Jumaat,  29 November 2019. Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja penggantian siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Pihak kami berharap pengguna-pengguna di kawasan terjejas telah melakukan persiapan awal dalam menghadapi gangguan bekalan air berjadual ini dengan menyimpan air secukupnya sehingga tempoh pemulihan. 

 

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat  dan status terkini atau hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan.

 

Keterangan gambar: Kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air telah dimulakan.