Kerja-kerja menaiktaraf aset bekalan air untuk penambahbaikan perkhidmatan di Kolam Sedut Bukit Kanching siap dilaksanakan

29 November 2019

KERJA-KERJA MENAIKTARAF ASET BEKALAN AIR UNTUK PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN DI KOLAM SEDUT BUKIT KANCHING SIAP DILAKSANAKAN

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching telah siap dilaksanakan.

 

Bekalan air telah dibuka pada jam 5:00 pagi hari ini, dan segala usaha telah diambil oleh Air Selangor bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan serta meminimakan impak gangguan kepada para pelanggan di 32 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

 

Kerjasama dan sokongan para pelanggan sepanjang tempoh kerja-kerja menaiktaraf yang dijadualkan ini amatlah dihargai dalam usaha Air Selangor memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 15300 atau dapatkan maklumat serta status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui aplikasi telefon bimbit Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com.

 

Pelanggan juga boleh menghantar pesanan bagi kes kecemasan dan kritikal melalui WhatsApp ke 019-281 6793 atau 019-280 0919.