KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN AIR SELANGOR DIBUKA MULAI 4 MEI 2020

2 Mei 2020

 

Kuala Lumpur - Berikutan arahan terbaharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 Mei 2020, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa semua Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor akan dibuka bermula 4 Mei 2020. Waktu operasi Kaunter Khidmat Pelanggan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang untuk sepanjang tempoh bulan Ramadan.

 

Sebagai langkah pencegahan penyebaran wabak COVID-19, Air Selangor telah membuat persiapan bagi memastikan aspek keselamatan dan penjarakan sosial di kawasan kaunter. Air Selangor juga akan menjalankan saringan ujian suhu badan terhadap pelanggan sebelum dibenarkan berurusan di kaunter dan hand sanitiser turut disediakan. Air Selangor juga memberi jaminan bahawa hanya kakitangan yang sihat sahaja dibenarkan bertugas dan berurusan dengan pelanggan selain memastikan mereka juga memakai penutup muka. Air Selangor berharap para pelanggan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya semasa berada di Kaunter Khidmat Pelanggan dan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Air Selangor juga menyediakan kemudahan 'Drop Box' bagi penyerahan dokumen dan cek di kawasan Kaunter Khidmat Pelanggan.

 

Bagi mengelakkan kesesakan dan mengurangkan kontak rapat di antara pelanggan dan petugas kami, Air Selangor mengalakkan para pelanggan untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) melalui:

 

a. Jompay (Biller Code: 4200)

b. Aplikasi Air Selangor (Muat turun di App Store atau Google Play Store)

c. Portal Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor

d. Ejen Kutipan Berdaftar Air Selangor

 

Manakala bagi lain - lain perkhidmatan yang melibatkan urusan selain pembayaran, seperti Permohonan Pertukaran Hakmilik, para pelanggan digalakkan untuk mengimbas borang permohonan dan menghantar borang tersebut melalui e-mel di wecare@airselangor.com.

 

Untuk maklumat lanjut, para pelanggan boleh merujuk kepada Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau laman sesawang kami di www.airselangor.com serta hubungi kami di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan bantuan.

 

- TAMAT –

 

_________________________________________________________

Kuala Lumpur - Following the latest directive of the Conditional Movement Control Order (CMCO) announced by the Prime Minister on 1 May 2020, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) would like to inform that all Air Selangor’s Customer Service Counters will be opened beginning 4 May 2020. The Customer Service Counters operating hours will be Monday to Friday from 9:00 am to 4:00 pm during the month of Ramadan.

 

As a precautionary measure against the spread of the COVID-19, Air Selangor has taken steps to ensure the safety and social distancing aspects at the counters. Air Selangor will also be conducting body temperature screening before allowing customers to perform transactions at the counter and hand sanitisers will be provided. Air Selangor also ensures that only healthy employees are allowed to work and deal with customers while ensuring that they also wear face masks. Air Selangor hopes customers will fully cooperate while at the Customer Service Counters and maintain a 1 metre social distance as recommended by the Ministry of Health Malaysia.

 

Air Selangor will also provide a 'Drop Box' for customers to leave documents or cheques at the Customer Service Counters.

 

To prevent congestion at the Customer Service Counters and to reduce close contact between customers and our employees, Air Selangor encourages customers to make payments online through:

a.  Jompay  (Biller Code : 4200)

b.  Air Selangor Application (Download at App Store or Google Play Store)

c.  Air Selangor Customer Service Portal

d.  Air Selangor’s Registered Collection Agent

 

For other services that involve transactions other than payments, such as application for change of ownership, customers are encouraged to scan the application form and email it to wecare@airselangor.com.

 

For more information, customers can refer to Air Selangor's Facebook, Twitter and Instagram or the website at www.airselangor.com and contact us at 15300 for any inquiries and assistance.

 

- END -