INSIDEN PAIP PECAH MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH PETALING

30 SEPTEMBER 2020

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku satu kejadian paip pecah di Persiaran Mimbar, Bukit Jelutong pada jam 7:30 malam, 30 September 2020.

 

Untuk makluman, bekalan air akan ditutup pada jam 11:00 malam bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dan dijangka siap pada jam 5:00 pagi, 1 Oktober 2020.

 

Sebanyak 29 kawasan di wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

KAWASAN

1. Bandar Kinrara 1, 2, 3, 4, 5 & 9

11. Kg. Lembah Kinrara

21. PJS 10

2. Jalan Kenari        

12. PJS 1      

22. PJS 11

3. Jalan Puchong Batu 10

13. PJS 2

23. Puchong Mesra

4. Jalan Puchong Batu 11

14. PJS 3

24. Sirim       

5. Jalan Puchong Batu 12

15. PJS 4

25. Taman Bukit Kuchai

6. Jalan Puchong Batu 13

16. PJS 5

26. Taman Kinrara

7. Jalan Puchong Batu 7

17. PJS 6

27. Taman Puchong Indah

8. Jalan Puchong Batu 8

18. PJS 7

28. Taman Puchong Permai

9. Jalan Puchong Batu 9

19. PJS 8

29. Taman Perindustrian 7

10. Kg. Bohol

20. PJS 9

 

 

 

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8:00 pagi, 1 Oktober 2020.

 

 

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. 

 

-TAMAT-

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …