INSIDEN PAIP PECAH MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR

25 OGOS 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku satu kejadian paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi Kuala Lumpur pada jam 11.00 malam tadi, 24 Ogos 2020.

 

Bekalan air telah ditutup pada 12.00 tengah malam tadi bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Kerja-kerja pembaikan kini pada tahap 97% dan dijangka akan siap pada jam 10:00 pagi, 25 Ogos 2020.

 

Justeru itu, sebanyak 5 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

1. Kg Pandan Luar ( Jalan 1 hingga Jalan 8)

2. Taman Maluri

3. Desa Pandan

4. Taman Maju Jaya

5. Taman Pudu Impian

 

Bekalan air akan disalurkan sejurus kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan dan Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuh kawasan-kawasan adalah pada jam 10.00 pagi esok, 26 Ogos 2020.

 

Bantuan air melalui lori-lori tangki digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu para pengguna yang terjejas. Hubungi talian 15300 untuk memdapatkan bantuan bekalan air.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –