INSIDEN PAIP PECAH DISEBABKAN OLEH PIHAK KETIGA DI WILAYAH PETALING

24 JUN 2020 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan insiden paip pecah disebabkan oleh pihak ketiga di tepi Lebuh Raya Besraya, berhampiran tapak Kondominium Kenswington Avenue, Sungai Besi.

 

Kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 8:45 pagi esok, 25 Jun 2020.

 

Justeru itu, 4 kawasan di Wilayah Petaling iaitu Kampung Malaysia, Desa Petaling, Salak Selatan dan Kampung Baru Salak Selatan dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

 

Bekalan air akan disalurkan sebaik sahaja kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat oleh Air Selangor turut digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –