Garis Panduan Baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Bagi Pengiraan Bil Air Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

31 MEI 2020

 

Kuala Lumpur - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan suatu garis panduan pada hari ini, 31 Mei 2020 bagi kiraan bil air untuk menganggarkan  penggunaan air sebenar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Berdasarkan garis panduan ini, bacaan penggunaan air sebenar pada bulan setelah pembacaan meter sebenar di premis pengguna akan di pro rata kepada bulan - bulan di mana bil air adalah dicaj secara anggaran.

 

Justeru itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan garis panduan tersebut mulai bulan Jun 2020. Bil sebenar yang telah dikeluarkan sebelum garis panduan SPAN dilaksanakan akan diselaraskan dalam bil air pengguna pada bulan berikutnya.

 

Air Selangor menjangkakan bahawa pelarasan ini akan selesai disempurnakan pada bulan Julai 2020 kerana kitaran bil lengkap akan mengambil masa selama sebulan.

 

Semua bahan infografik yang dikongsi di laman sosial kami sebelum ini akan dikemaskini kepada mekanisme pengiraan bil yang baharu untuk maklumat yang lebih jelas.

 

Sekiranya para pelanggan mendapati bil yang dikeluarkan sebelum ini terlebih caj dan pembayaran telah dibuat ke atas bil tersebut, maka jumlah terlebih bayar tersebut akan direkodkan di dalam akaun pelanggan.

 

Para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bil tinggi digalakkan untuk terus menghubungi Air Selangor untuk siasatan lanjut di talian 15300, WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, media sosial (Facebook, Twitter dan Instagram), Aplikasi Air Selangor serta e-mel Air Selangor (wecare@airselangor.com).

 

- TAMAT -