Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Melibatkan 57 kawasan di Wilayah Gombak

7 Februari 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu kejadian paip pecah telah berlaku pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Kelang pada jam 5.15 pagi ini dan menyebabkan penurunan air ke paras 0.72 meter di Kolam Air Madonna berbanding paras normal 4 meter.

 

Pihak Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip tersebut dan menjangkakan kerja-kerja ini akan siap dilaksanakan pada jam 6:30 petang, hari ini. Berikutan insiden ini, 57 kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air sementara. Sila rujuk Lampiran A untuk senarai kawasan. Bekalan air akan disalurkan semula kepada pengguna selepas paras kolam di tingkatkan ke paras normal dan tempoh pemulihan secara berperingkat akan berlaku ke kawasan yang terjejas bergantung kepada kedudukan altitude.

 

Sebelum berlaku kejadian pagi ini, dua kejadian paip pecah di kawasan Ampang telah berlaku pada 5 Februari 2020 iaitu di Taman Ukay Heights dan di jajaran paip Taman Ampang Utama. Bagaimanapun kerja-kerja baikpulih tersebut telah siap sepenuhnya pada hari yang sama dan sewaktu usaha pemulihan sedang dilaksanakan, kejadian pada pagi ini telah memberi kesan berterusan kepada pengguna-pengguna di kawasan-kawasan tersebut.

 

Pihak Air selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas ekoran insiden ini menerusi lori-lori tangki dengan keutamaan diberikan kepada pengguna dan premis kritikal serta kecemasan termasuk hospital. Justeru, bagi mengelakkan kelewatan penerimaan bekalan air melalui 25 lori tangki air dan 2 lori tangki jumbo, pengguna dinasihatkan agar mendapatkan bantuan air kecemasan di Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) yang telah dibuka bermula jam 9:30 pagi hari ini.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Lampiran A

 

AEON big ampang

Kg/Tmn Tasek Tambahan

Tmn Permai Jaya Ampang

Ampang Waterfront

Kuala Ampang

Tmn Perwira Ampang

Aparment Mesra Prima

Tinjani Ukay

Tmn Pinggiran Ukay

Apartement Mesra Ria

Tmn Ampang Indah

Tmn Rasmi Jaya

Apartment Mesra Villa

Tmn Ampang Jaya

Tmn Sering Ukay

Bandar Baru Ampang

Tmn Ampang Utama

Tmn Sri Ampang

Bukit Madona Hulu Kelang

Tmn Beverly Height

Tmn Sri Baru Ampang

Hill Side Estate

Tmn Bukit Ampang

Tmn Sri Bayu Ampang

Hotel Flamingo

Tmn Bukit Indah

Tmn Sri Merdeka

Kg Ampang Campuran

Tmn Bukit Jubina

Tmn Sri Ukay

Kg Ampang Indah

Tmn Bukit Mulia

Tmn Tar

Kg Baru Ampang

Tmn Dagang Permai

Tmn TTDI Jaya Bukit Indah Ampang

Kg Dato Mufti

Tmn DAR

Tmn Uda Jaya

Kg Indah Permai

Tmn Fairuza Ampang

Tmn Ukay Height

Kg Melayu Ampang

Tmn Grandview Ampang

Tmn Ukay Seraya

Kg Muhibah Ampang

Tmn Halaman Kesuma

Tmn Ukay Tropika

Kg Pasir

Tmn Hill View

Tmn Villa Sri Ukay

Kg Sg Sering

Tmn Kelab Ukay

Tmn Watan

Kg Tasik Permai

Tmn Kosas

Ukay Bestari