GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN 16 KAWASAN DI WILAYAH GOMBAK

26 JULAI 2020, 1:00 PETANG

 

Kuala Lumpur –  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu kejadian paip pecah telah berlaku di Rumah Pam Melawati dan sistem rumah pam tersebut terpaksa dihentikan pada jam 8.30 pagi ini.

 

Sehingga jam 1.00 petang ini, Air Selangor sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah dan membaikpulih sistem rumah pam tersebut. Berikutan insiden ini, beberapa kawasan di Wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

 

1. Taman Melawati

2. Kemensah Residensi

3. Saujana Melawati

4. Sunway Kayangan

5. Sunway Melawati

6. Tiara Kemensah

7. Tropika Kemensah

8. Twin Palm Kemensah

9. Ukay Prima

10. Bukit Melawati

11. Nadayu Melawati

12. Amber Hill

13. Kampung Klang Gate

14. 203 Melawati

15. Zoo Negara

16. Kemensah Heights

 

Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.