GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BANDAR BUKIT PUCHONG

3 MEI 2020

 

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di Bandar Bukit Puchong di Wilayah Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan kejadian paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2.

 

Kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan pada jam 10:00 malam ini kerana kedalaman paip pecah melebihi 8 meter di dalam tanah yang memerlukan kerja pengukuhan ruang pembaikan dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembaikan paip pecah dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, kerja-kerja korekan terpaksa dihentikan berikutan hujan lebat pada waktu siang hingga menyebabkan kerja-kerja pembaikan lambat disiapkan.

 

Insiden paip pecah ini pada awalnya telah menyebabkan gangguan bekalan air di 40 kawasan, seperti yang telah dimaklumkan di aplikasi Air Selangor pada pagi tadi. Walau bagaimanapun, setelah penyaluran bekalan air alternatif berjaya disalurkan dari sumber lain, kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah berjaya dikurangkan kepada 17 kawasan seperti berikut:

 

Wilayah Petaling

Wilayah Sepang

  1. Bandar Bukit Puchong 1
  1. Bandar Bukit Puchong 10
  1. Bandar Bukit Puchong 2
  1. Bandar Bukit Puchong 11
  1. Bandar Bukit Puchong 3
  1. Bandar Bukit Puchong 12
  1. Bandar Bukit Puchong 4
  1. Bandar Bukit Puchong 13
  1. Bandar Bukit Puchong 5
  1. Bandar Bukit Puchong 14
  1. Bandar Bukit Puchong 6
  1. Bandar Bukit Puchong 15
  1. Bandar Bukit Puchong 7
  1. Bandar Bukit Puchong 16
  1. Bandar Bukit Puchong 8
  1. Bandar Bukit Puchong 17
  1. Bandar Bukit Puchong 9

 

 

Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan terjejas pada jam 6:00 petang, esok (4 Mei 2020).

 

Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki di Bandar Bukit Puchong bagi membantu para pengguna yang terjejas.

 

 

 

Air Selangor akan terus menyalurkan status terkini kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

- TAMAT –