GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT

11 Jun 2020 

 

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berlaku insiden paip pecah berhampiran Restoran KFC, Jalan Langat ekoran kerja-kerja korekan oleh pihak ketiga di lokasi tersebut pada jam 7:00 malam, 10 Jun 2020.

 

Kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut tidak dapat disiapkan seperti yang dijadualkan pada jam 10:00 pagi. Ini disebabkan kedalaman paip pecah adalah melebihi 2 meter di dalam tanah dan memerlukan kerja pengukuhan ruang pembaikan dilakukan terlebih dahulu. Selain daripada itu, kerja-kerja pengalihan kabel oleh syarikat utiliti lain juga perlu dilakukan di tapak.

 

Kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada jam 4:00 petang hari ini, 11 Jun 2020.

 

Justeru itu, 2 kawasan di Wilayah Klang dan 9 kawasan di Wilayah Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. Senarai kawasan yang terjejas adalah seperti berikut:

 

Wilayah Klang

1.         Bandar Bistari

2.         Bt 5&6, Jalan Langat

 

Wilayah Kuala Langat

1.         Bt 7 hingga Batu 9 Sijangkang

2.         Jalan Sijangkang Utama

3.         Taman Seri Medan

4.         Taman Perwira

5.         Taman Sijangkang Jaya

6.         Batu 9 Kebun Baru

7.         Eco Santuary

8.         Tropicana Aman

9.         Sekitar Bt 9, Kg Medan

 

Bekalan air akan disalurkan sebaik kerja-kerja pembaikan ini siap dilaksanakan. Pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terlibat dijangka pada 2:00 pagi esok, 12 Jun 2020.

 

Bantuan air melalui lori-lori tangki sedang giat digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat oleh Air Selangor.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Air Selangor juga menasihatkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor menerusi telefon bimbit untuk mengetahui perkembangan bekalan air semasa.

 

- TAMAT –