BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, KUALA LANGAT, SEPANG DAN PUTRAJAYA PULIH SEPENUHNYA

SIARAN MEDIA – SEGERA
9 OKTOBER 2020, 7:00 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan kesemua 274 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya merangkumi 309,687 akaun pelanggan yang terjejas ekoran gangguan air tidak berjadual telah menerima bekalan air bersih sepenuhnya. Air bersih yang disalurkan kepada pengguna telah melalui ujian kualiti dan pematuhan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Secara keseluruhannya, Pelan Pemulihan Bekalan Air telah berjaya dilaksanakan 12 jam lebih awal daripada yang dijadualkan setelah LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi kembali beroperasi. Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan tidak berjadual ini.

 

Air Selangor juga berterima kasih kepada semua operator air iaitu Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd, Pengurusan Air Pahang Berhad, Syarikat Air Melaka Berhad, Lembaga Air Perak, Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd yang turut membantu dalam pengagihan bantuan bekalan air kepada para pengguna yang terjejas, serta kepada pihak berkuasa yang bertindak segera dalam menyelesaikan isu pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

 

Justeru itu, Air Selangor menggalakkan kerjasama daripada pihak berkuasa serta para pengguna untuk sama-sama memelihara sungai daripada tercemar. Kami berharap semua pihak dapat menjadi mata dan telinga dalam melaporkan sebarang aktiviti pencemaran ataupun aktiviti mencurigakan berhampiran kawasan sungai.  Air Selangor akan berusaha sedaya mungkin untuk memberi sokongan kepada komuniti dalam inisiatif untuk menjaga dan memelihara sungai kita. 

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran – saluran komunikasi rasmi Air Selangor dengan merujuk aplikasi Air Selangor, media sosial Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

 

 

– TAMAT –

 

 

SUHAIMI KAMARALZAMAN

Ketua Pegawai Eksekutif

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …