BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR PULIH SEPENUHNYA

25 OGOS 2020, 8:30 MALAM

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 5 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Kuala Lumpur ekoran paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih di atas kesabaran para pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau App Store untuk informasi terkini bekalan air. Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

Sentiasa gunakan air secara berhemat.

 

 

- TAMAT –