BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT TELAH PULIH SEPENUHNYA (23 JULAI 2020, 7:00 Pagi)

23 JULAI 2020, 7:00 Pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa 2 kawasan yang terlibat dengan  gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang dan 8 kawasan di Wilayah Kuala Langat ekoran paip pecah di kawasan tanah mendap telah pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran  para pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air.

 

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

Sentiasa gunakan air secara berhemat.