BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT TELAH PULIH SEPENUHNYA

12 Jun 2020, 7:00 Pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang dan Kuala Langat yang disebabkan oleh paip pecah berhampiran Restoran KFC, Jalan Langat ekoran kerja-kerja korekan oleh pihak ketiga, telah pulih sepenuhnya hari ini.

 

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna kerana telah memberi kerjasama yang baik kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.

 

Para pengguna dinasihatkan untuk sentiasa menggunakan air secara berhemat.

 

Air Selangor menggalakkan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air.

 

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

  • TAMAT –

 

________________________________________________________________________

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that the unscheduled water supply interruption in Klang and Kuala Langat following a pipe burst incident near KFC Restaurant, Jalan Langat due to third-party excavating, has been fully restored, today.

 

Air Selangor would like to thank customers for their cooperation towards the Air Selangor personnel on duty throught the relief mission.

 

 

Customers are encouraged to always use water prudently.

 

Customers can download the Air Selangor mobile App at Google Play or the Apps Store to get information on the latest water supply information.

 

Customers can also refer to Air Selangor’s Facebook, Twitter and Instagram or visit the corporate website at www.airselangor.com for more information and enquiries.

 

- END -