BEKALAN AIR DI WILAYAH GOMBAK TELAH PULIH SEPENUHNYA

27 JULAI 2020, 5:30 PETANG

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kesemua 16 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Gombak ekoran kejadian paip pecah di Rumah Pam Melawati telah pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran para pengguna sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk informasi terkini bekalan air.

 

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

Sentiasa gunakan air secara berhemat.