Bekalan air di Wilayah Gombak Pulih Sepenuhnya dan Wilayah Hulu Selangor Hampir Pulih

29 NOVEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, sehingga jam 12:00 tengah hari, 15 kawasan di Wilayah Gombak yang terlibat dengan gangguan berjadual berikutan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air telah pulih sepenuhnya. Manakala di Wilayah Hulu Selangor, hanya 2 daripada 17 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.

 

Kawasan tersebut adalah Rawang Perdana dan Apartment Rawang Putra. Air Selangor sedang berusaha mempercepatkan proses pemulihan dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan.  2 kawasan ini dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 5:00 petang, hari ini.

 

Kerjasama dan keprihatinan para pelanggan sepanjang tempoh pemulihan ini amatlah dihargai.

 

Para pelanggan yang dihormati boleh merujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat dan status terkini dari semasa ke semasa atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793/ 019-280 0919 untuk pertanyaan dan bantuan.