Bekalan Air di Wilayah Gombak dan Hulu Selangor Pulih Sepenuhnya

29 NOVEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan bahawa bekalan air telah pulih sepenuhnya di 32 kawasan yang telah disenaraikan dalam Wilayah Gombak dan Hulu Selangor yang terkesan dengan pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf sistem bekalan air di Kolam Sedut Bukit Kanching.

 

Kerjasama para pelanggan yang terkesan sepanjang tempoh gangguan amatlah dihargai. Air Selangor sentiasa berusaha untuk memberikan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

 

Air Selangor mengalakkan para pelanggan untuk muat turun aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk info bekalan air atau hubungi kami di talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.