Bekalan Air di Kawasan Yang Terjejas Ekoran Kerosakan "Bandscreen" LRA Sungai Langat Hampir Pulih Sepenuhnya

SIARAN MEDIA
2 NOVEMBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 6:00petang, Sabtu, 2 November 2019, bekalan air di semua kawasan terjejas hampir pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan mencapai tahap 99%.

Hanya tiga kawasan iaitu Alam Damai, Bandar Baru Segar Utama dan Cheras Hartamas yang masih lagi mengalami gangguan bekalan dan tekanan rendah.

Pihak kami mengambil segala usaha bagi menstabilkan aliran bekalan dan menyasarkan pemulihan sepenuhnya pada jam 7:00pagi, Ahad, 3 November 2019.

Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan ini amatlah dihargai dan mohon maaf atas segala kesulitan.

Hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan.