Bekalan Air di Kawasan Ampang 87.5% Pulih

8 Februari 2020
1:00 tengah hari

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas sehingga jam 1:00 tengah hari ini telah mencapai tahap 87.5 peratus (%).

 

8 kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya adalah Kg Tasik Permai, Kg Ampang Indah, Kg Ampang Campuran, Tmn Fairuza Ampang, Tmn Permai Jaya Ampang, Kg/Tmn Tasek Tambahan, Tmn Sri Bayu Ampang dan Tmn Sri Baru Ampang.
Air Selangor sedang berusaha mempercepatkan proses pemulihan dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan.

 

Air Selangor memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

 

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dengan tumpuan ke 8 lokasi yang masih belum pulih. Para pelanggan juga digalakkan untuk terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.