BEKALAN AIR DI BANDAR BUKIT PUCHONG TELAH PULIH

5 MEI 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa gangguan bekalan air tidak berjadual di Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling, dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang telah pulih sepenuhnya hari ini.

 

Kerja pembaikan bagi paip sambungan ke Apartment Baiduri Court juga telah hampir siap sepenuhnya dan dijangka selesai pada jam 9:00 pagi. Namun penduduk telah mendapat bekalan air alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut.

 

Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama  baik daripada para pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan.

 

Air Selangor menyarankan para pengguna untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info bekalan air.

 

Pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

Gunakan air dengan berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.

 

- TAMAT –

 

________________________________________________

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that the unscheduled water supply interruption in Bandar Bukit Puchong 1 to 9 in Petaling Region, and Bandar Bukit Puchong 10 to 17 in Sepang Region, has been fully restored.

 

Repair works for the extension pipe to the Baiduri Court Apartment is almost completed, and is expected to be completed by 9:00 am. However, the residents have obtained alternative water supply through the water tankers directly to the suction tank.

 

Air Selangor would like to thank customers for their cooperation towards the Air Selango personnel on duty throught the whole relief mission.

 

Air Selangor encourages customers to download the Air Selangor smartphone app on Google Play or the Apps Store for water supply information.

 

Customers can refer to Air Selangor’s Facebook, Twitter and Instagram or visit the website at www.airselangor.com for inquiries and assistance.

 

Please use water prudently during the Conditional Movement Control Order.

 

- END -