AIR SELANGOR UMUM PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, SEPANG, KUALA LANGAT DAN PUTRAJAYA

6 Oktober 2020, 5:00 Petang

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan LRA Sungai Semenyih telah beroperasi semula pada pagi ini dan penstabilan proses rawatan air sedang dijalankan. Pengguna terawal akan mula mendapat bekalan air pada jam 12.00 tengah malam ini. Air bersih ini akan melalui ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diagihkan kepada pengguna.

 

Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama. Kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6.00 petang, 7 Oktober 2020. Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6.00 petang, 8 Oktober 2020. Manakala, kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6.00 petang, 9 Oktober 2020. Sila rujuk Lampiran A untuk jadual pemulihan penuh.

 

Setakat ini, sebanyak 98 lori tangki air telah digerakkan ke premis-premis kritikal, sekolah-sekolah serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 26 tangki statik, 11 stesen pengisian setempat, 9 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 13 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas.

 

Para pengguna disarankan untuk merujuk saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan jadual pemulihan bekalan air.

 

Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.  

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …