AIR SELANGOR CERIAKAN AIDILFITRI ANAK YATIM DAN WARGA EMAS

21 MAY 2020

 

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah mengambil inisiatif untuk meraikan golongan anak-anak yatim dan warga emas yang kurang bernasib baik terutamanya dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), supaya golongan ini dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan gembira walaupun dalam keadaan sederhana.

 

Dua buah rumah jagaan telah dipilih untuk menerima sumbangan, iaitu Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak dan Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. Sumbangan ikhlas berbentuk baju baharu Hari Raya, makanan, barangan keperluan harian, kerusi roda dan cecair pembasmi kuman (hand sanitiser) serta pelitup muka. Wakil Air Selangor turut hadir untuk mengagihkan sumbangan dan duit raya yang sememangnya merupakan tradisi sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

 

Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak beroperasi dengan dana sendiri dan mempunyai seramai 55 orang anak-anak yatim dan asnaf serta 15 orang kakitangan yang bekerja secara sukarela. Manakala, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong pula menempatkan seramai 43 orang penghuni dengan 15 orang kakitangan sukarela juga beroperasi dengan dana sendiri.

 

Air Selangor berharap agar dengan sumbangan ikhlas ini dapat meringankan bebanan mereka dan memberikan senyuman gembira menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

 

- TAMAT –

 

 

___________________________________________

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) is taking the initiative to bring the joy of Hari Raya Aidilfitri to the underprivileged orphans and senior citizens, especially during the implementation of the Conditional Movement Control Order (CMCO).

 

Today, Air Selangor visited two homes, which were Rumah Penyayang Darul Ilmi in Gombak and Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas in Puchong. Air Selangor’s representatives donated various items such as clothing (Baju Raya), food, everyday household items, hand sanitizers and masks. They also provided a wheelchair for the old folks home. Air Selangor also gave out Duit Raya to the orphans and senior citizens, which is a tradition during Aidilfitri celebrations in Malaysia.

 

Rumah Penyayang Darul Ilmi houses 55 children with 15 volunteers while Rumah Jagaan & Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas has 15 volunteers who look after 43 senior citizens. Both homes are self-funded.

 

Air Selangor hopes that these donations will help ease their burdens while putting some smiles during the festive season.

 

- END -