5 September 2019: Status Terkini Aduan Air Berbau

5 OKTOBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin  memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan rekod aduan, sehingga jam 6:00 petang , Sabtu 5 Oktober 2019, 22 dari 33 kawasan yang terkesan dengan aduan air berbau telah pulih.

 

Kawasan yang masih mengalami aduan air berbau adalah seperti berikut :

 

  1. Puchong Prima, Petaling
  2. Seri Kembangan, Petaling
  3. Saujana Puchong, Petaling
  4. Bangi Seksyen 3, Hulu Langat
  5. Bukit Puchong, Sepang
  6. Bukit Puchong II, Sepang
  7. Sri Kembangan, Sepang
  8. Kota Warisan, Sepang
  9. Salak Tinggi, Sepang
  10. Taman Mawar BB Salak Tinggi, Sepang
  11. Saujana Putra, Kuala Langat

 

Pemantauan, pemeriksaan serta aktiviti pencucian kolam dan sistem agihan masih lagi diteruskan bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau pulih sepenuhnya.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, sebanyak 71 aduan baharu  diterima dan tindakan sedang diambil bagi proses ujian pensampelan dan pencucian sistem perpaipan di kawasan dan premis aduan.

 

Pelanggan di kawasan yang telah menjalani proses pencucian dinasihatkan menghubungi kami sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau.

 

Pihak kami akan terus memberikan makluman dan status  terkini dari semasa ke semasa.

 

Hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919 / 019-2816793 untuk bantuan.