29 Kawasan Aduan Air Berbau Pulih

7 OKTOBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, sehingga jam 6:00 petang hari ini, 29 dari 33 kawasan yang terkesan dengan masalah air berbau telah pulih.

 

Pihak kami masih meneruskan aktiviti pencucian sistem perpaipan di baki 4 kawasan yang berada di penghujung sistem agihan yang masih belum pulih sepenuhnya seperti berikut:

 

1.Seri Kembangan, Petaling

2.Saujana Puchong, Petaling

3.Seksyen 3 Bangi , Hulu Langat

4.Saujana Putra, Kuala Langat

 

Pihak kami membuat pemantauan berterusan ke atas semua aset dan kolam perkhidmatan serta melaksanakan aktiviti pencucian di  sistem agihan dan mengambil segala usaha bagi mempercepatkan pemulihan di kesemua kawasan yang terkesan dengan aduan kes air berbau.

 

Kerjasama pelanggan amatlah dihargai dan sila hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami akan terus memberikan makluman dan status terkini dari semasa ke semasa.