184,020 LAYAK MENERIMA SKIM AIR DARUL EHSAN

28 APRIL 2020

 

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan program Skim Air Darul Ehsan (SADE) telah bermula pada 1 Mac 2020 seperti yang diumumkan sebelum ini. Skim yang menawarkan pemberian 20 meter padu air percuma secara bersasar kepada penduduk Negeri Selangor yang layak ini merupakan salah satu daripada program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) Kerajaan Negeri bagi menggantikan Program Pemberian Air Percuma. Berikutan pelaksanaan skim ini, Program Pemberian Air Percuma kepada 1.6 juta pemegang akaun Air Selangor yang mula diperkenalkan pada tahun 2008 turut berakhir.

Sehingga tarikh tutup permohonan skim pada 31 Disember 2019, pihak Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 211,344 permohonan. Setiap permohonan melalui beberapa proses semakan silang termasuk maklumat kesahihan pendapatan menerusi data yang diperolehi daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), E-Kasih dan Bantuan Sara Hidup (BSH), serta data dan maklumat daripada Air Selangor sendiri berkenaan kesahihan alamat premis dan nombor akaun pengguna.

Hasil semakan, daripada 211,344 permohonan yang diterima, hanya 184,020 pemegang akaun meter individu layak menerima skim ini. Bagi pengguna meter pukal di pangsapuri kos rendah, mereka akan terus menikmati 20 meter air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik.

Pemohonan yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan melalui emel atau khidmat pesanan ringkas (SMS). Bagi pemohon yang mendaftar secara atas talian, mereka boleh menyemak keputusan SADE melalui Portal SSIPR dengan menggunakan nombor mykad dan nombor akaun Air Selangor.

Bagi pemohon yang mendaftar melalui borang bercetak, mereka boleh menyemak status permohonan melalui Carian (Semakan) di Portal IPR Kerajaan Negeri di https://ssipr.selangor.gov.my/semakan. Para pemohon boleh menyemak status permohonan mereka bermula 28 April 2020.

Permohonan SADE ini telah dibuka semula kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan bermula 1 April 2020 secara atas talian di www.ssipr.selangor.gov.my  atau memuat turun borang permohonan di laman sesawang www.airselangor.com.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Air Selangor menyarankan borang permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel iprair@airselangor.com kerana kaunter-kaunter perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Air Selangor masih ditutup.

 

Skim Air Darul Ehsan merupakan program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar di Negeri Selangor untuk golongan yang berpendapatan bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Permohonan SADE ini telah dibuka kepada para penduduk di Negeri Selangor pada 30 September 2019 sehingga 31 Disember 2019. Kini, pendaftaran SADE Fasa yg ke-2 telah dibuka mulai 1 April 2020.

 

- Tamat -

________________________________________________________________

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that the implementation of ‘Skim Air Darul Ehsan’ (SADE) programme has commenced on 1 March 2020 as previously announced. This scheme, which offers 20 cubic meters of free water to eligible Selangor residents, is one of the State Government's Initiative (IPR) programmes to replace the Free Water Programme. Following the implementation of SADE, the Free Water Programme to 1.6 million Air Selangor account holders, introduced in 2008, has ended.

Until the closing date of the scheme application on 31 December 2019, the State Government had received 211,344 applications. Each application underwent several cross-checks including verifying income information through data obtained from the Inland Revenue Board (IRB), E-Kasih dan Bantuan Sara Hidup (BSH), as well as data and information from Air Selangor itself, on the authenticity of the premises’ address and account number of the users.

As a result of the 211,344 applications received, only 184,020 individual meter account holders were eligible for the scheme. For bulk meter users in low-cost apartments, they will continue to enjoy 20 cubic meter free water under the Skim Air Darul Ehsan automatically.

Successful and unsuccessful applicants will be notified in stages through email or Short Message Service (SMS). For applicants who have registered online, they can view the result of their SADE application on the SSIPR Portal using their Mycard identity number and Air Selangor account number.

Applicants who had registered using physical forms can view the status of the application through Carian (Semakan) at the State Government IPR Portal at https://ssipr.selangor.gov.my/semakan. Applicants are able to check the status of their application beginning 28 April 2020.

The SADE application is re-opened online to eligible individuals beginning on 1 April 2020 at www.ssipr.selangor.gov.my, or you can download the application form on www.airselangor.com.

During the Movement Control Order (MCO) period, Air Selangor recommends that the complete application form be emailed to iprair@airselangor.com as the 10 Air Selangor's Regional Offices are still closed.

Skim Air Darul Ehsan is a free water reapportion programme for target groups in the state of Selangor, for households with a monthly income of RM4,000 and below. This SADE application was previously opened to residents in Selangor from 30 September 2019 to 31 December 2019.

-END-