PENGUMUMAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN ASET UTAMA AIR SELANGOR SECARA BERJADUAL BAGI TAHUN 2021

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset-aset utama Air Selangor akan dilaksanakan pada tahun 2021 bagi memastikan perkhidmatan bekalan air yang berterusan dapat diberikan kepada pengguna pada masa hadapan.

 

Air Selangor telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual seperti berikut:

 

  1. Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

 

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan dijalankan pada 30 Mac 2021, jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Kerja-kerja ini telah dijadualkan pada 12 Januari 2021 tetapi ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam bermula jam 9:00 pagi, 30 Mac 2021. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 1 April 2021. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran A.

 

  1. Kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

 

Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021, jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Berikutan henti tugas ini, 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9.00 pagi, 6 April 2021. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5:00 pagi. Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti Lampiran B.

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

 

 

 

Air Selangor ingin menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

 

Dalam pada itu, Air Selangor juga dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di beberapa loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 pada 15 Jun 2021, Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 6 Julai 2021, dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Oktober 2021. Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN. Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperolehi.

 

Air Selangor juga ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama yang bakal dilaksanakan ini telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum dilaksanakan, antaranya:

  1. Mengelakkan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dalam tempoh masa 7 hari sebelum dan 7 hari selepas perayaan utama yang telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri;
  2. Mengelakkan tarikh semasa berlangsungnya sesuatu acara penting peringkat Antarabangsa, Nasional atau Negeri seperti acara sukan, persidangan atau mesyuarat;
  3. Mengelakkan tarikh semasa peperiksaan utama sekolah kerajaan

 

Air Selangor ingin menjelaskan bahawa pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini dilaksanakan bagi membolehkan aset-aset utama dan sistem pengagihan bekalan air berada pada tahap yang baik. Penambahbaikan infrastruktur paip ini juga adalah sebahagian daripada usaha Air Selangor dalam meningkatkan mutu perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

 

Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Kerja-Kerja Pengalihan Dan Penyambungan Paip Baharu Berdekatan Kilang Carlsberg Di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam

    30 Mac 2021, 9.00 pagi hingga 1 April 2021, 9.00 pagi (48 Jam)

 

WILAYAH PETALING
NO KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
1 Pinggiran USJ 3  31/3/2021, 9.00 malam
2 Taman Perindustrian Sime UEP 7 (TP 7)  31/3/2021, 9.00 malam
3 Pinggiran USJ 1/4/2021, 9.00 pagi
4 USJ 3 1/4/2021, 9.00 pagi
5 USJ Height 1/4/2021, 9.00 pagi

 

 

WILAYAH KLANG
NO KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
1 Bandar Putera 1/4/2021, 9.00 pagi
2 Bandar Putera Height 31/3/2021, 9.00 malam
3  Bukit Naga 1/4/2021, 9.00 pagi
4  Desa Latania (Seksyen 36) 1/4/2021, 9.00 pagi
5  Jalan Bukit Rimau 1/4/2021, 9.00 pagi
6  Jalan Samarinda 1/4/2021, 9.00 pagi
7  Kampung Bukit Lanchong 31/3/2021, 9.00 malam
8  Kampung Kebun Bunga 31/3/2021, 9.00 malam
9  Kampung Sungai Kandis 1/4/2021, 9.00 pagi
10  Pinggiran Subang USJ 3 31/3/2021, 9.00 malam
11  Taman Kandis Permai 1/4/2021, 9.00 pagi
12  Taman Maznah Klang 1/4/2021, 9.00 pagi
13  Taman Sentosa 1/4/2021, 9.00 pagi
14  Taman Subang Mas 1/4/2021, 9.00 pagi

   

WILAYAH SHAH ALAM
NO KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
1 Seksyen 22 31/3/2021, 9.00 malam
2 Seksyen 25 31/3/2021, 9.00 malam
3 Seksyen 26 1/4/2021, 9.00 pagi
4 Seksyen 27 1/4/2021, 9.00 pagi
5 Seksyen 28 1/4/2021, 9.00 pagi
6 Seksyen 29 1/4/2021, 9.00 pagi
7 Seksyen 30 1/4/2021, 9.00 pagi
8 Seksyen 32 1/4/2021, 9.00 pagi
9 Seksyen 33 1/4/2021, 9.00 pagi
10 Seksyen 34 1/4/2021, 9.00 pagi
11 Taman Batu Tiga 31/3/2021, 9.00 malam
12 Taman Desa Kemuning 1/4/2021, 9.00 pagi

 

 

LAMPIRAN B

 

Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan

Kerja-Kerja Penggantian Injap Di Jajaran Paip Air Mentah Dari Empangan Klang Gates

6 April 2021, 9.00 pagi hingga 9 April 2021, 5.00 pagi (68 Jam)

 

WILAYAH GOMBAK
NO   KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
1 Bukit Wangsamas 8/4/2021, 5.00 pagi
2 Dataran Wangsa 8/4/2021, 5.00 pagi
3 KLSC Wangsa Maju 8/4/2021, 5.00 pagi
4 Taman Keramat AU4 8/4/2021, 5.00 pagi
5 Taman Wangsa Jaya 8/4/2021, 5.00 pagi
6 Wangsa Maju Seksyen 1 8/4/2021, 5.00 pagi
7 Wangsa Maju Seksyen 2 8/4/2021, 5.00 pagi
8 Wangsa Maju Seksyen 4 8/4/2021, 5.00 pagi
9 Wangsa Maju Seksyen 5 8/4/2021, 5.00 pagi
10 Wangsa Maju Seksyen 6 8/4/2021, 5.00 pagi
11 Wangsa Maju Seksyen 10 8/4/2021, 5.00 pagi
12 Wangsa Melawati 8/4/2021, 5.00 pagi

  

WILAYAH KUALA LUMPUR
NO  KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
1 Apartment Putra Ria 9/4/2021, 5.00 Pagi
2 Brickfields 8/4/2021, 5.00 Pagi
3 Bukit Bandaraya 9/4/2021, 5.00 Pagi
4 Bukit Bangsar 9/4/2021, 5.00 Pagi
5 Bukit Bintang 9/4/2021, 5.00 Pagi
6 Bukit Ceylon 9/4/2021, 5.00 Pagi
7 Bukit Persekutuan 9/4/2021, 5.00 Pagi
8 Bukit Tunku 9/4/2021, 5.00 Pagi
9 Chow Kit 9/4/2021, 5.00 Pagi
10 Damansara Height 9/4/2021, 5.00 Pagi
11 Dang Wangi & Capsquare 8/4/2021, 5.00 Pagi
12 Hampshire Park  9/4/2021, 5.00 Pagi
13 Idamansara 9/4/2021, 5.00 Pagi
14 Imbi 9/4/2021, 5.00 Pagi
15 Jalan Raja Laut 8/4/2021, 5.00 Pagi
16 Jalan Sultan Hishamuddin 9/4/2021, 5.00 Pagi
17 Jalan Travers 9/4/2021, 5.00 Pagi
18 Jln Tuanku Abdul Rahman 9/4/2021, 5.00 Pagi
19 Kampung Attap 8/4/2021, 5.00 Pagi
20 Kampung Baru 9/4/2021, 5.00 Pagi
21 Kampung Datuk Keramat 9/4/2021, 5.00 Pagi
22 Kampung Padang Merbok 9/4/2021, 5.00 Pagi
23 Kementah 9/4/2021, 5.00 Pagi
24 Kuala Lumpur City Center 1 9/4/2021, 5.00 Pagi
25 Kuala Lumpur City Center 2 9/4/2021, 5.00 Pagi
26 Kuala Lumpur City Center 4 8/4/2021, 5.00 Pagi
27 Medan Tuanku 9/4/2021, 5.00 Pagi

 

WILAYAH KUALA LUMPUR
NO  KAWASAN PULIH SEPENUHNYA PADA
28 Parlimen 9/4/2021, 5.00 Pagi
29 Persiaran Sultan Salahuddin 9/4/2021, 5.00 Pagi
30 Persiaran Tuanku Ja’afar 9/4/2021, 5.00 Pagi
31 Pudu 9/4/2021, 5.00 Pagi
32 Pulapol 9/4/2021, 5.00 Pagi
33 Semantan 9/4/2021, 5.00 Pagi
34 Taman Bandaraya 9/4/2021, 5.00 Pagi
35 Taman Bangsar 9/4/2021, 5.00 Pagi
36 Taman Bangsar Baru 9/4/2021, 5.00 Pagi
37 Taman Damansara Endah 9/4/2021, 5.00 Pagi
38 Taman Dato Ahmad Razali 8/4/2021, 5.00 Pagi
39 Taman Duta 9/4/2021, 5.00 Pagi
40 Taman Lucky 9/4/2021, 5.00 Pagi
41 Taman Putra Sulaiman 9/4/2021, 5.00 Pagi
42 Taman SA (Bangsar) 9/4/2021, 5.00 Pagi
43 Taman SA (Damansara) 9/4/2021, 5.00 Pagi
44 Tasik Perdana 9/4/2021, 5.00 Pagi
45 Tijani 9/4/2021, 5.00 Pagi
46 Titiwangsa Sentral 9/4/2021, 5.00 Pagi

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …