PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, GOMBAK, KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KUALA LANGAT DAN KUALA SELANGOR (11 November 2020, 3pm)

11 November 2020, 3.00 petang

 

Petaling Jaya – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama-sama Yang Berhormat Tuan Rajiv Rishyakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing  telah meluangkan masa untuk mengagihkan air botol minuman 5 liter ini kepada para penduduk di Flat Taman Gasing Indah petang tadi. Pada sesi berkenaan juga Air Selangor memaklumkan status pemulihan bekalan air di 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual setakat jam 3.00 petang, 11 November 2020.

 

Keempat-empat loji kami, LRA SSP 1, 2, 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 2:40 pagi tadi, setelah bacaan 0 TON direkodkan sebanyak tiga kali berturut-turut. Bekalan air juga dapat diagihkan lebih awal iaitu pada jam 1:45 petang tadi, berikutan penyaluran air bersih pada sistem agihan berjalan lancar. Pelan pemulihan kali ini dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama merangkumi 599 kawasan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang esok, 12 November 2020. Kumpulan kedua pula akan pulih sepenuhnya pada jam 3:00 petang, 13 November 2020, merangkumi 680 kawasan. Sila rujuk Lampiran A.

 

Air Selangor juga ingin menekankan bahawa air yang dibekalkan kepada para pengguna telah melalui ujian kualiti air dan pematuhan berdasarkan kepada standard Kementerian Kesihatan Malaysia, serta telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara.

 

Kami di Air Selangor amat memahami kerisauan yang dihadapi oleh semua pengguna dalam mendapatkan bekalan air bersih khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Justeru itu, Air Selangor akan terus berusaha untuk memberi bantuan bekalan air melalui 111 lori-lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis, serta kawasan perumahan. Selain itu, bantuan bekalan air alternatif juga disediakan di 14 pili-pili air awam serta 17 Pusat Khidmat Setempat untuk membantu para pengguna yang terjejas mendapatkan bantuan bekalan air.

 

Justeru, para pengguna yang mendapatkan bekalan air dari lori tangki air, pili awam serta Pusat Khidmat Setempat dinasihatkan untuk mematuhi SOP tempoh PKPB yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

 

Air Selangor turut berharap agar para pengguna yang telah mula mendapat bekalan air agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

 

Kami juga amat kecewa dengan pencemaran yang kerap berlaku kerana ianya menyebabkan loji-loji kami terpaksa ditutup dan secara langsung memberi impak kepada para pengguna. Justeru, kami menyokong penuh usaha pihak berkuasa untuk membanteras jenayah alam sekitar agar sungai-sungai kita tidak terus tercemar.

 

Kami percaya, pihak berkuasa yang berkenaan telah menjalankan tugas mereka untuk menyelesaikan perkara tersebut. Kami terus komited dalam memastikan para pengguna Air Selangor mendapat bekalan air mereka mengikut jadual yang telah kami sediakan.

 

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan berita yang sahih mengenai bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi kami di aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

                                                                                                                 

-TAMAT-

 

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …