PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP PECAH DI JALAN KUARI, KUALA LUMPUR

9 Jun 2021, 6:00 petang

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berlaku kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur. Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam, 4.00 petang, 9 Jun 2021. Justeru, penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Kg Cheras Baru
2. Pandan Mewah
3. Taman Muda
4. Taman Bukit Permai
5. Taman Bukit Pandan
6. Taman Mawar
7. Taman Seraya
8. Taman Mega
9. Taman Bukit Teratai
10. Taman Melur
11. Taman Saga
12. Taman Putra
13. Taman Mestika

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 4.00 pagi esok, 10 Jun 2021. Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor sedang mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas. Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori-lori tangki ini.

Untuk status terkini bekalan air, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

– TAMAT –

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …