Permohonan Sumber Air

Pemilik atau pemaju, melalui perunding yang dilantik, boleh menyerahkan permohonan sumber air dengan menghantar dokumen yang berikut kepada Air Selangor:

  1. Surat Pelantikan daripada pemilik atau pemaju dan surat pengesahan sebagai jurutera perunding berdaftar dengan Air Selangor;
  2. Pengiraan permintaan bekalan air menurut kelayakan yang dinyatakan oleh Air Selangor dalam Jadual 1;
  3. Salinan surat kelulusan dan Perintah Pembangunan dari pihak berkuasa tempatan yang berkaitan; 
  4. Pelan Kunci dan Lokasi;
  5. Pelan Tapak (1 : 10,000) yang sebaiknya menggunakan Peta Direktori Jalan dan diiktiraf oleh Juruukur Tanah profesional.
  6. Pelan Tapak dengan garis kontur dengan jarak 5 meter dan cadangan paras tapak dalam cadangan pembangunan (dalam meter atau kaki, ODL).

Bagi permintaan harian tidak melebihi 225,000 liter per hari, dokumen ini perlu diserahkan secara terus kepada Pejabat Wilayah Air Selangor yang berkaitan.

Penyerahan Rekabentuk Konsep

Bagi permintaan harian melebihi 4.5 juta liter per hari (JLH) dan perlu dibangunkan secara berperingkat, anda perlu menyerahkan dua (2) set Laporan Rekabentuk Konsep bagi seluruh kawasan yang mengandungi maklumat berikut:

  • Penerangan umum projek;
  • Jadual permintaan bekalan air mengikut jenis pembangunan bagi seluruh kawasan;
  • Jadual permintaan bekalan air mengikut setiap fasa dan jenis pembangunan, termasuk tahun pembangunan setiap fasa;
  • Zon bekalan dari tangki bagi setiap zon perlu dinyatakan;
  • Pengiraan hidraulik bagi aliran puncak dari sumber ke tangki, aliran masuk, paras dan saiz tangki sedutan, saluran pengepaman, paras dan saiz takungan, dan baki kepala paip bagi setiap zon tertentu.
  • Penerangan ringkas dan rajah skematik yang menunjukkan seluruh sistem bekalan air termasuk nod, aliran keluar dari setiap nod, panjang dan saiz paip.

Nota: Bagi kilang yang mana permintaan bekalan air tidak dapat ditentukan, gunakan 75,000 liter per hari (16,500 gelen per hari) bagi setiap hektar tanah; jika kategori/permintaan bangunan tidak dinyatakan dalam Jadual 1, sila hubungi Jabatan Perancangan dan Kerja-kerja Kapital kami untuk maklumat lanjut.

Penyerahan Rekabentuk Terperinci Sistem Bekalan Air

Rekabentuk terperinci bagi sistem bekalan air harus mengikuti setiap fasa pembangunan. Anda perlu menyerahkan tiga (3) set laporan rekabentuk terperinci sistem bekalan air yang mempunyai maklumat berikut:

  • Penerangan terperinci setiap fasa;
  • Jadual permintaan bekalan air mengikut jenis pembangunan, pengiraan rekabentuk aliran puncak, aliran purata dan aliran api, sistem pengepaman, pengiraan aras dan saiz takungan; 
  • Penerangan terperinci pelan reka letak yang menunjukan sesalur retikulasi dan diwarnakan mengikut jenis dan saiz paip; dan lokasi, saiz dan aras BWL/TWL kolam takungan dan tangki sedutan bersama rumah pam;
  • Penerangan terperinci pelan reka letak yang menunjukan lokasi; ketinggian sisi dan atas; keratan rentas aliran masuk, aliran keluar, paip limpahan dan paip pengeluaran; lokasi injap, instrumen pengiraan aras, sistem pengaliran udara dan tangga untuk takungan berserta pagar keselamatan;
  • Untuk pengiraan hidraulik sistem retikulasi, sila sertakan maklumat di bawah:
    • Perincian paip
    • Perincian nod

Satu salinan Piawaian Spesifikasi Air Selangor perlu disertakan;

Perunding perlu menghantar ke Jabatan Perancangan dan Kerja-kerja Kapital Air Selangor kesemua lukisan berkaitan sistem bekalan air untuk setiap pembangunan dalam permohonan yang disimpan dalam peranti CD-R. Lukisan-lukisan tersebut perlu mengandungi maklumat berikut:

  • Pekan reka letak Sistem Retikulasi
  • Pelan reka letak Takungan, Tangki Sedutan dan Rumah Pam
  • Perincian bagi Takungan, Tangki Sedutan dan Rumah Pam
  • Pelan reka letak untuk paip saluran masuk merangkumi pandangan keratan

Jurutera Profesional yang dilantik oleh pemilik atau pemaju perlu mengesahkan semua lukisan, pengiraan dan spesifikasi kerja dan perlu berdaftar dengan Air Selangor.

Penyerahan Rekabentuk Sistem Pengepaman dan Tangki Pemecah Tekanan

Dua (2) set reka bentuk sistem pengepaman perlu diserahkan kepada Seksyen Mekanikal dan Elektrikal Air Selangor dalam waktu empat (4) bulan setelah reka bentuk terperinci sistem retikulasi telah diluluskan. Satu (1) salinan harus diserahkan kepada Jabatan Perancangan dan Kerja-kerja Kapital Air Selangor.

Setiap reka bentuk dan pemasangan yang dicadangkan mesti terdiri daripada:

  • Pengiraan reka bentuk sistem pengepaman
  • Pengiraan reka bentuk pengepaman utama
  • Pengiraan reka bentuk tangki pemecah tekanan
  • Lukisan terperinci sistem pengepaman, termasuk reka letak rumah pam, tangki sedutan dan takungan
  • Data dan maklumat teknikal untuk semua peralatan mekanikal
  • Senarai alat-alat ganti

Laporan reka bentuk dan pengiraan perlu disediakan oleh Perunding Mekanikal dan diperakui oleh Jurutera Mekanikal Profesional yang berdaftar.

Kelulusan terlebih dahulu dari Seksyen Mekanikal dan Elektrikal Air Selangor mesti diperoleh sebelum memulakan sebarang kerja di lokasi.

Satu (1) set sistem pendawaian elektrik untuk rumah pam perlu diserahkan kepada Seksyem Mekanikal dan Elektrikal Air Selangor.

Penyerahan Sistem Telemetri

Sistem telemetri diperlukan untuk sistem pam yang melebihi 2.5 JLH atau takungan melebihi 4.5 JLH.

Sistem telemetri harus sama dengan sistem semasa seperti di Air Selangor. Untuk maklumat terkini mengenai sistem ini, sila berhubung dengan Unit Telemetri Air Selangor.

Satu (1) set lengkap sistem telemetri mesti diserahkan ke Unit Telemetri Air Selangor dan pemasangannya perlu dilakukan oleh Air Selangor.

Development Manual Form

Sila Muat Turun Borang 'The Taking Over':

Form QT 1 Sixth Sch

Download

Form QT 2 Standard Response

Download

Form QT3

Download

Form QT4(a)

Download

Form QT4(b)

Download

Form QT5

Download

Form QT6(a)

Download

Form QT6(b)

Download

Form QT 7

Download

Form QT 8

Download

Form QT 9 Eleventh Sch

Download

Form QT 10 Ninth Sch

Download

Form QT 11 Tenth Sch

Download

Form KA1/1

Download

Form KA1/2

Download

Sila Muat Turun Borang 'Survey & GIS Data Submission':

GIS Data & Schema

Download

GIS Style & Symbol

Download

Survey & GIS Guideline

Download

Borang Penyerahan Sistem Telemetri

Logo Air Selangor untuk Kolam Takungan

Garis panduan Penjenamaan Air Selangor menggariskan jenama, logo dan palet warna serta contoh amalan terbaik dalam tatacara penggunaan jenama kami.

Lihat garis panduan penjenamaan terperinci di sini.

Garis Panduan Teknikal bagi Paip Lencongan

  • Bahan-bahan yang akan digunakan
  • Tanggungjawab individu penyerah borang
  • Keperluan rekaan teknikal
  • Permohonan untuk lencongan paip
  • Pelaksanaan kerja-kerja di tapak
  • Ujian tekanan & kebocoran
  • Caj-caj berkaitan
  • Pembayaran balik
  • Sambungan ke paip sedia ada
  • Penyerahan kepada Air Selangor: Garis Panduan (Paip Agihan), Lampiran & Lukisan

Untuk memuat turun semua Borang Pemaju dan Borang Permohonan Permit Kerja dari Pihak Berkuasa Tempatan, klik di bawah:

Muat turun borang