Kemudahan Air Digital Masa Depan

Untuk mencapai aspirasi kami menjadi utiliti air digital di masa depan, kami meletakkan para pengguna sebagai teras inovasi kami.

Aplikasi Mudah Alih Air Selangor

Pada tahun 2018, kami melancarkan aplikasi mudah alih 'Air Selangor' dalam usaha kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyelesaian digital. Aplikasi ini yang boleh dimuat turun melalui peranti Android, iOS dan Huawei mempunyai pelbagai fungsi yang mesra pengguna merangkumi maklumat terkini tentang bekalan air dan butiran bil, serta gerbang pembayaran bil yang mudah digunakan.

Daftar di aplikasi ini dengan beberapa langkah mudah dan terima kod pengesahan melalui SMS. Pemilik premis dan penyewa boleh mendaftar melalui aplikasi ini untuk mengakses akaun bekalan air premis yang sama.

Kemukan pertanyaan, aduan atau maklum balas di tab ‘Bantuan’, dan berinteraksi dengan perisian chatbot kami, “Airra”.

Dapatkan makluman terkini tentang gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual di kawasan anda. Klik pada tab ‘Info Air’ dan pilih kawasan di mana anda berada untuk melihat makluman terkini.

Semak bil air anda yang terkini dan yang terdahulu, atau semak sejarah pembayaran yang lalu di tab ‘Akaun’.

Bayar bil anda dengan mudah melalui aplikasi ini. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh membuat pembayaran melalui bank pilihan anda dengan cepat.

Baca makluman terkini tentang bekalan air, suapan berita langsung tentang aktiviti dan acara korporat kami di tab ‘Berita’.

Pusat Kawalan Pintar

Pusat Kawalan Pintar Air Selangor telah mula beroperasi pada pertengahan tahun 2019 dan merupakan inisiatif digital strategik pertama yang dilancarkan bagi mencapai aspirasi untuk menjadi kemudahan air digital. ICC dijangka untuk menghubung dan mengintegrasikan parameter aset strategik utama kami seperti aliran, tekanan, tahap takungan, status pam serta kemampuan kawalan penyeliaan dan pengumpulan data (SCADA). Pusat ini juga menampilkan integrasi Model Hidraulik Atas Talian, sebuah sistem integrasi canggih bagi memantau, menganalisa dan pemodelan sistem pengedaran dalam masa sebenar. Sistem atas talian ini berdasarkan integrasi data hidraulik pada masa sebenar dengan model simulasi komputer hidraulik dan alat ramalan statistik. Ekosistem ICC pada masa ini akan dipertingkatkan dengan siri ‘Digital Twin’, sebuah replika maya aset fizikal dengan ciri ramalan dan pemantauan masa sebenar.

Pusat Kawalan Pintar (Intelligent Command Centre – ICC) Air Selangor mula beroperasi pada tahun 2019. ICC merupakan inisiatif strategik digital pertama yang dilancarkan bagi mencapai aspirasi kami untuk menjadi sebuah utiliti air digital. ICC menghubung dan mengintegrasikan parameter aset strategik utama kami seperti aliran, tekanan, tahap takungan, status pam serta kemampuan kawalan penyeliaan dan pengumpulan data (Supervisory control and data acquisition – SCADA).

Pusat ini juga membolehkan perintegrasian dengan Model Hidraulik Atas Talian, sebuah sistem perintegrasian menyeluruh bagi pemantauan, penganalisisan dan pemodelan sistem pengagihan dalam masa nyata. Sistem atas talian ini berdasarkan integrasi data hidraulik pada masa nyata dengan model simulasi komputer hidraulik dan alat ramalan statistik. Ekosistem ICC ini bakal dipertingkatkan dengan fungsi ‘Digital Twin’, sebuah replika maya bagi aset-aset fizikal yang mempunyai ciri ramalan dan pemantauan masa nyata.

Pusat Analisis Data

Industri perkhidmatan air pantas mengadaptasi cara baharu dalam penggunaan apabila penggunaan analisis data dalam memacu perbincangan serta membuat ramalan semakin berkembang pesat. Data-data ini digunakan dalam membuat keputusan, merangka polisi, mempertingkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos.

Pusat Analisis Data (Data Analytics Centre – DAC) ditubuhkan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi data kami, seterusnya membolehkan kami untuk membangunkan Analisis ‘Big Data’. Fungsi DAC adalah untuk membangun, memaksimumkan dan mempertingkatkan kemampuan analisis ‘big data’ yang merangkumi kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin serta digitalisasi kecerdasan. DAC adalah pusat kecermelangan teras Air Selangor bagi semua inisiatif analisis data. Secara khususnya, ini akan membolehkan kami untuk mencapai pandangan yang lebih baik bagi mengenal pasti titik-titik penting dalam operasi, yang akan membolehkan kami untuk memanfaatkan keputusan yang disokong oleh data dan menggunakan penyelesaian yang lebih berkesan dalam operasi perniagaan kami.

Meter Pintar

Antara langkah lain dalam menjadi kemudahan air digital ialah dengan memperkenalkan Infrastruktur Permeteran Canggih (AMI) Program Meter Pintar.

Meter Air Pintar AMI merupakan komponen grid pintar yang membolehkan kami untuk menjalankan bacaan meter jarak jauh yang menggunakan teknologi internet bagi memindahkan data. Pelaksanaan Meter Air Pintar AMI membolehkan kami untuk mempertingkatkan kecekapan bacaan meter dan mengurangkan bacaan meter secara manual di premis , sekaligus meningkatkan tahap keselamatan kakitangan kami dan membolehkan mereka untuk menjalankan tugas yang lebih penting.

Program perintis Meter Air Pintar AMI di wilayah Sepang telah dilaksanakan pada 2019, dengan 7,928 meter AMI yang telah dipasang. Tambahan juga, kami telah menggantikan meter bukan AMI dengan Meter Air Pintar AMI di kawasan Cyberjaya dan Dengkil.

Klorinasi
Automatik Sekunder

Salah satu cara untuk memastikan air yang dirawat tetap selamat dan bersih adalah dengan menambahkan klorin untuk menyahkuman dan membasmi patogen. Sistem Klorinasi Sekunder Automatik (Automatic Chlorination Secondary System – ASCS) adalah sistem pintar yang mengesan tahap rendah Sisa Klorin Bebas (Free Residual Chlorine – FRC) pada sistem pengagihan air.

ASCS ini bertujuan untuk mengesan tahap FRC pada sistem pengagihan air bagi menangani pelanggaran kepada tahap klorin yang dibenarkan dalam sistem pengagihan. Sistem ini dipasang bagi membolehkan operasi penambahan dos klorin secara sekunder di kawasan yang dikenalpasti terdapat isu pelanggaran tahap FRC yang dibenarkan berikutan penggunaan air yang rendah atau kerana lokasinya berada di hujung saluran bekalan.

ASCS terdiri daripada dua (2) sistem:

  • Sistem Analisis Klorin (CAS) untuk menganalisis jumlah Sisa Klorin Bebas dalam saluran paip;
  • Sistem Dos Klorin (CDS) untuk mengawal aktiviti pengedosan.

Pemantauan Sungai

Loji rawatan air kami mengabstrak air dari enam daripada tujuh sungai utama di Selangor. Melindungi kawasan tadahan air dari pencemaran adalah sangat penting bagi memastikan kita sentiasa mendapat sumber air mentah yang cukup untuk diabstrak, dirawat, dan diedarkan kepada pengguna.

Unit Catchment and Waterway (CWU) Air Selangor bertanggungjawab menjalankan pemantauan berjadual pada air mentah, menjalankan penyiasatan pencemaran dan tinjauan sanitasi bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah.

Unit ini dilengkapi dengan alat-alat terkini seperti Kenderaan Udara Tidak Berawak (Unmanned Aerial Vehicle – UAV), Meter Multiparameter, Penyukat Kedalaman Air, Penyukat Swing, Sistem Penentududukan Sejagat (Global Positioning System – GPS), kamera dan skop medan, alatan komunikasi, serta kenderaan pacuan empat roda (4WD).