GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI 7 WILAYAH BERMULA JAM 6:00 PETANG HARI INI BERIKUTAN PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH

10 November 2020, 3.00 petang

 

Kuala Lumpur – Lanjutan pengumuman daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berhubung pencemaran bau seakan pelarut di Sungai Selangor, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor pada jam 12.45 tengahari, 10 November 2020. Sehingga jam 2:30 petang ini, pencemaran  di Muka Sauk LRA Rantau panjang pada tahap 8 TON dan LRA SSP1,2 dan 3 pula pada tahap 4 TON.

Henti tugas keempat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan ini seperti di Lampiran A.

Usaha untuk mencairkan bahan pelarut dan 'flushing' bahan pencemaran yang terdapat di dalam Sungai Selangor telah dilakukan dengan melepaskan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 300 juta liter sehari dan empangan Sungai Tinggi sebanyak 500 juta liter sehari. Dalam pada itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter sehari untuk tujuan yang sama.

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID 19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.              

 

-TAMAT-

LAMPIRAN A

 

Related posts

default
Air Selangor Announces Bill Payment Exemption For January 2022 For ...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) will be offering an exemption on water bill payment for …

default
Water Supply In Hulu Langat Region Fully Recovers
Media

12:00 pm Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform that the water supply …

default
Latest Update Of The Water Supply Recovery In The Hulu Langat Regio...
Media

7:00 am Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to update on the water supply …