Memorandum Persefahaman Bersama Putra Business

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia untuk Program Pembangunan Kepimpinan Air Selangor yang telah diadakan di Setia Alam Convention Centre. Majlis menandatangani MoU ini disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Bin Shari. Kerjasama di antara Air Selangor dan Putra Business School ini bertujuan memberi nilai tambah kepada Program Pembangunan Kepimpinan Air Selangor yang sedia ada untuk bakat Air Selangor dalam melahirkan pemimpin yang cemerlang dan berkaliber pada masa akan datang.