Bagaimana cara mendapatkan sambungan bekalan air baru?
  1. Anda boleh membuat permohonan akaun bekalan air baharu untuk kediaman atau premis milik anda dengan mendaftar Buka Akaun Baharu. Pemaju juga boleh membuat permohonan akaun bekalan air baharu untuk premis yang telah dibangunkan menerusi cara pendaftaran yang sama. Klik untuk memuat turun borang Buka Akaun Baharu di sini.
  2. Sila hantarkan borang-borang permohonan di mana-mana Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor yang berdekatan.
  3. Setelah borang-borang permohonan diterima dan diproses, petugas kami akan melakukan pemeriksaan tapak di lokasi untuk mengesahkan sistem paip di premis.
  4. Setelah semua proses permohonan dan pemeriksaan selesai, kami akan mengeluarkan Bil Deposit and Bil Pemasangan kepada pelanggan.
  5. Setelah pembayaran dilakukan oleh pelanggan, pertugas kami akan melaksanakan kerja pemasangan meter di premis anda.
  6. Akaun pelanggan akan diaktifkan dengan segera dan bacaan pertama akan dilakukan pada kitaran bacaan seterusnya.

Di mana saya boleh membayar bil saya?

Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor

PEJABAT AIR SELANGOR (WILAYAH) ALAMAT WAKTU OPERASI
Kuala Lumpur Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Gombak Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Lihat peta di Google
Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Petaling Jalan Templer, PJS 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Klang Jalan Kota, 41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Hulu Langat 4, Jalan Semenyih, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Kuala Langat Telok Datok, 42700 Banting,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Hulu Selangor
Jalan Syed Mashor, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Kuala Selangor No. 13, Jalan Bendahara, 1/2B,
Taman Bendahara, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Sabak Bernam Jalan Besar, 45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup
Sepang No. 46 & 48, Jalan 2
Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan

Lihat peta di Google

Isnin hingga Jumaat: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Sabtu/Ahad & Cuti Umum: Tutup

 

Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan untuk membayar bil saya?

Anda boleh membuat pembayaran di mana-mana Kaunter Perkhidmat Pelanggan Air Selangor yang terdekat, atau membuat pembayaran secara dalam talian menerusi Portal Pelanggan Air Selangor di sini atau klik butang 'Akaun' pada penjuru kanan sebelah atas laman web ini.

 

Bolehkah saya membayar bil saya dalam talian?

Ya. Anda boleh membayar bil anda secara dalam talian melalui 40 bank tetapi hanya melalui JomPay. Berikut adalah beberapa bank yang berdaftar:

  • AFFIN BANK
  • AMBANK
  • BANK ISLAM
  • BANK MUAMALAT
  • CIMB
  • CITIBANK
  • HONG LEONG BANK
  • HSBC
  • KUWAIT FINANCE
  • MAYBANK
  • PUBLIC BANK
  • RHB BANK
  • UOB

 

Bagaimanakah cara untuk membaca bil saya?

  1. Nombor akaun.
    • 1(a) No. Akaun Baru
    • 1(b) No. Akaun Lama
  2. Nama dan alamat surat-menyurat
  3. Pendaftaran No. GST
  4. Tempoh Invois Cukai
  5. Deposit
  6. No. Invois Cukai
  7. Tunggakan bil sebelum ini
  8. Pembayaran Terkini
  9. Jumlah penggunaan air yang dibilkan (m³)
  10. Bacaan meter semasa
  11. Bacaan meter bulan sebelumnya
  12. Tarikh bacaan meter semasa
  13. Bacaan meter sebelumnya
  14. Nombor meter di premis
  15. Maklumat pengiraan terperinci bil
  16. Jenis kod tarif
  17. Jenis bacaan untuk bacaan semasa
    1. N - Normal
    2. E - Anggaran
  18. Jumlah kadar bil semasa
  19. Jumlah keseluruhan GST
  20. Jumlah keseluruhan termasuk GST
  21. Tarikh akhir pembayaran
  22. Jumlah tunggakan yang belum dibayar
  23. Jumlah amaun bil yang perlu dibayar (RM)
  24. Tarikh bil dikeluarkan

Apakah kaedah pengiraan bil prorata?

Ini merupakan kaedah pengiraan di mana nisbah penggunaan diprorata untuk setiap nisbah tarif berdasarkan tempoh pengiraan bil sepanjang 30 hari.

 

Bilakah kaedah prorata ini dilaksanakan?

Kaedah ini dilaksanakan pada 1 Disember 2007.

 

Adakah kaedah prorata boleh digunakan untuk semua tempoh pengiraan bil?

Berkuat kuasa 1 Januari 2018, pengiraan bil akan dikira sebagai sebulan sekiranya tempoh pengiraan bil jatuh dalam tempoh 28 hingga 33 hari dan mana-mana tempoh pengiraan bil yang tidak berada dalam tempoh tersebut akan diprorata.

 

Adakah ia berlaku untuk semua kod tarif?

Kaedah penagihan prorata hanya digunakan untuk Domestik (Kod 10) yang mempunyai tarif 3-nisbah dan Komersial (Kod 11) dengan tarif 2-nisbah.

 

Kod 11:

Bagi pelanggan kategori komersial, nisbah pertama sebanyak RM2.07 untuk 35 m³ akan diprorata mengikut tempoh pengiraan bil untuk memastikan bahawa pelanggan masih menikmati nisbah pertama untuk tempoh pengiraan bil yang dilanjutkan.

 

Kod 11:

Pengiraan untuk Kod 11 tertera di bawah:-

 

Penggunaan nominal (<17 m³) dengan caj minimum RM36.00 dan tempoh pengiraan bil melebihi 31 hari

Jumlah hari pengiraan bil
34 hari
Tempoh hari pengiraan bil 34 hari
Tempoh pengiraan bil 34 hari / 30 hari (1 bulan)
Penggunaan 15 m³
Jumlah bil 36 x 34/30 = RM 40.80

Tempoh pengiraan bil melebihi 35 hari

Jumlah hari pengiraan bil 35 hari
Tempoh pengiraan bil 35 hari / 30 hari (1 bulan)
Penggunaan 50 m³
35 m³ x 35 hari / 30 hari
= 40.83m³ x RM 2.07
= RM 84.52
Baki
= 9.17m³ x RM 2.28
= RM 20.91
Jumlah bil = RM 105.43

 

Tempoh pengiraan bil kurang dari 31 hari

Jumlah hari pengiraan bil 27 hari
Tempoh pengiraan bil 27 hari / 30 hari
Penggunaan 50 m³
35 m³ x 27 hari / 30 hari
= 31.50m³ x RM 2.07
= RM 65.21
Baki
= 18.50m³ x RM 2.28
= RM 42.18
Jumlah bil = RM 107.39

 

Mengapa ia diperkenalkan?

Pengiraan bil prorata diperkenalkan sebagai sebahagian dari inisiatif Air Selangor untuk memberikan tarif yang sesuai kepada pelanggan berdasarkan tempoh pengiraan bil bagi nisbah penggunaan berdasarkan tempoh pengiraan bil 30 hari.

 

Bagaimana pelanggan mendapat faedah daripada kaedah penagihan prorata?

Pelanggan dalam kategori domestik akan terus menikmati nisbah tarif yang lebih rendah (RM0.57 / m³ untuk 20m³ pertama dan RM1.03 / m³ untuk 15m³ berikutnya) sekiranya tempoh pengiraan bil bulanan dilanjutkan melebihi 33 atau di bawah 28 hari kerana cuti perayaan atau cuaca buruk.

 

Apakah kaedah pengiraannya?

Pengiraan berdasarkan tempoh pengiraan bil 30 hari:
Hari pengiraan bil: 30 hari
Tempoh pengiraan bil: 30 hari / 30 hari (1 bulan) = 1.00 bulan
Penggunaan: 40m³

20 m³ x 30 hari / 30 hari
= 20 m³ x RM0.57
RM 11.40
15 m³ x 30 hari / 30 hari
= 15 m³ x RM1.03
RM 15.45
Baki
= 5 m³ x RM2.00
RM 10.00
Jumlah bil RM 36.85

 

Bagaimana kita boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kaedah pengiraan bil prorata?

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perhubungan kami di talian 15300 yang beroperasi 24 jam untuk maklumat lebih lanjut mengenai kaedah pengiraan bil prorata.

Bilakah meter air saya akan dipasang?

Sebaik sahaja permohonan anda telah memenuhi syarat dan terma seperti yang dinyatakan, dan anda telah memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan (C.F) atau Sijil Perakuan Kelayakan Sementara (T.C.F) untuk hartanah (dalam lingkungan pihak berkuasa tempatan) dan telah menyelesaikan semua bil yang berkaitan.

Bagaimana cara membaca meter air saya?

Langkah 1

Kenal pasti bacaan meter semasa (10) dalam bil bulanan anda. Bacaan meter semasa ini adalah sama dengan bacaan meter air anda semasa bacaan sedang diambil. NOTA: Sekiranya angka tersebut tidak selari dengan bacaan meter anda, ini mungkin disebabkan oleh anggaran pengiraan bil. Ini dapat dijelaskan dengan melihat Kod untuk Jenis Bacaan (17): N menunjukkan bacaan normal mengikut meter dan E menunjukkan bahawa bacaan itu dianggarkan.

Langkah 2
Kenal pasti bacaan meter terdahulu (11), yang seharusnya sama dengan bacaan semasa pada bil sebelumnya.

Langkah 3
Sekarang, kira kadar penggunaan anda (9) dengan formula di bawah:

Kadar Penggunaan = Bacaan Meter Semasa - Bacaan Meter Sebelumnya

Langkah 4
Sekiranya anda ingin mengetahui purata penggunaan harian anda, gunakan formula di bawah:

(Kadar Penggunaan x 1000) / (Hari dalam bulan (30/31)) x (Bilangan orang di rumah)

Langkah 5
Untuk mengira jumlah pembayaran semasa, pertama sekali, anda mesti mengetahui kadar caj air per unit di negeri anda (15). Kemudian gandakan kadar ini dengan jumlah air yang anda gunakan (9).

Langkah 6
Kini, setelah mengetahui cara mengira caj air anda, lakukan audit air untuk tempoh 6 bulan yang akan datang. Sekiranya terdapat petanda kenaikan yang tinggi, perhatikan semula aktiviti anda pada bulan tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh majlis yang diadakan di rumah anda atau pada musim perayaan. Sekiranya tidak ada aktiviti yang jelas, periksa sistem paip anda untuk sebarang kebocoran yang mungkin menyebabkan penggunaan air yang tinggi.

Apakah yang dimaksudkan dengan tarif air?

Tarif air adalah harga yang telah ditetapkan untuk air yang dibekalkan oleh pembekal utiliti awam melalui rangkaian paip kepada pengguna. Tarif air bukan sahaja dikenakan untuk bekalan air, tetapi untuk membiayai kos rawatan air, penyimpanan air, pengagihan kepada pelanggan, pengumpulan dan rawatan air, serta pengiraan bil dan pengumpulan.

Tarif air terkini yang digunakan oleh Air Selangor seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah seperti berikut:

PENGGUNAAN KOD TARIF KADAR (RM)
PEMBAYARAN MIN. (RM)
Penggunaan Domestik

0 - 20 m³
> 20 - 35 m³
> 35 m³ dan ke atas

10

0.57
1.03
2

6
Penggunaan Komersial (termasuk penggunaan untuk kolam renang awam)
35 m³
> 35 m³ dan ke atas
11  

2.07
2.28

36.00
Jabatan Kerajaan 12 1.61 17.00
Rumah Ibadah 13 0.46 6.00
Kapal 14 4.23
Pertubuhan Amal 15 0.58 6.00
*Meter Pukal sahaja
*Kondominium / Apartment
17 1.38 173.00
*Flat Kos Rendah / Apartment Kos Rendah 18 0.80 35.00
*Kem Tentera / Estet / Kuarters Kerajaan Bertingkat
21 1.00 12.00

 

Mengapa pemotongan bekalan air berlaku?

  • Untuk mengumpul baki hutang pelanggan
  • Untuk meningkatkan kecekapan aliran tunai
  • Untuk memberi kesedaran kepada pelanggan mengenai pentingnya menyelesaikan bil air dalam jangka waktu tertentu

Bagaimana untuk menyambung semula akaun saya?

Bekalan air akan dihubungkan semula setelah bayaran tertunggak diselesaikan di mana-mana Pejabat Wilayah Air Selangor.

  • Untuk Pemotongan dan Penyambungan Semula di atas permintaan atau di mana bekalan telah terputus kerana terdapat keingkaran dalam pembayaran caj air atau kesalahan terhadap peruntukan WSIA 2006, cajnya adalah seperti di bawah:
Untuk ukuran meter di bawah 50 mm
Pemotongan kerana tidak membayar
RM 35.00
Penyambungan semula semasa pembayaran
RM 35.00
Pemotongan dan penyambungan semula atas permintaan RM 35.00
Selesai di ferrule Kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula
Untuk ukuran meter di bawah 50 mm-100 mm
Pemotongan kerana tidak membayar
RM 50.00
Penyambungan semula semasa pembayaran RM 50.00
Pemutusan dan penyambungan semula atas permintaan RM 50.00
Selesai di ferrule Kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula
Untuk ukuran meter di bawah 101 mm-150 mm
Pemotongan kerana tidak membayar RM 100.00
Penyambungan semula semasa pembayaran RM 100.00
Pemutusan dan penyambungan semula atas permintaan RM 100.00
Selesai di ferrule Kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula
Untuk ukuran meter melebihi 150mm
Pemotongan kerana tidak membayar
RM 520.00
Penyambungan semula semasa pembayaran RM 520.00
Pemotongan dan penyambungan semula atas permintaan RM 520.00
Selesai di ferrule Kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula

Penyambungan semula akan dilakukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah semua tunggakan dan bayaran penyambungan dijelaskan.

 

Bagaimana bekalan air dipotong?

Bekalan air dipotong dengan cara yang tertera seperti di bawah:

  • Pengedapan
  • Menyepit injap sesekat
  • Menutup aliran di injap kekunci bersepadu
  • Pemasangan "ferrule"
  • Pemutusan pada paip komunikasi

 

Bilakah bekalan air saya akan disambung semula?

Penyambungan semula akan dilakukan dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah semua tunggakan dan bayaran penyambungan dijelaskan.

 

Saya ingin memohon untuk pemotongan sambungan dan menutup akaun

Anda boleh memohon untuk pemotongan sambungan bekalan air ke sebuah rumah atau menutup akaun air sebuah premis jika bekalan air ke rumah atau premis ini tidak lagi diperlukan (cth: Anda tidak lagi menginap di rumah tersebut atau bukan lagi pemilik premis).

Untuk menutup akaun Domestik, muat turun borang permohonan di sini.

Untuk menutup akaun Komersial, muat turun borang permohonan di sini.