APLIKASI AIR SELANGOR DAN APLIKASI MUDAH ALIH OPERASI TINGKATKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

Air Selangor menang Malaysia Technology Excellence Awards 2021 bagi kategori Mudah Alih – Utiliti

Kuala Lumpur – Para pemenang Malaysia Technology Excellence Awards 2021 telah diumumkan pada 11 Mei 2021 dan hari ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berbesar hati mengumumkan bahawa kami telah memenangi anugerah di bawah kategori ‘Mudah Alih – Utiliti’ melalui penyertaan Aplikasi Air Selangor & Aplikasi Mudah Alih Operasi.

Berpandukan visi masa hadapan Aplikasi Mudah Alih Air Selangor, kemenangan ini diberikan kepada platform inovatif ‘Cloud’ kami, yang mana para pengguna boleh mengakses maklumat semasa berkaitan gangguan perkhidmatan air, pengebilan, pembayaran dan maklumat perkhidmatan air di dalam komuniti mereka.

Sehingga tahun 2020, lebih dari 1.78 juta pengguna telah memuat turun Aplikasi Air Selangor menerusi Google Play Store, App Store dan Huawei Gallery. Para pengguna dapat menikmati keringkasan aplikasi tersebut dengan mudah memantau bil air, membuat pembayaran secara dalam talian dan juga perkhidmatan pelanggan yang mesra pengguna untuk menjawab sebarang pertanyaan pelanggan.

Air Selangor turut memastikan operasi dalaman yang cekap dengan Aplikasi Mudah Alih Operasi (OMA) yang menggabungkan dan melancarkan proses operasi untuk pasukan operasi.

OMA membolehkan pengesanan awal serta merekod kebocoran paip semasa, menyediakan kemas kini kerja operasi lapangan, memudahkan pencegahan kerja penyenggaraan, memantau aktiviti penggunaan tanah di sepanjang sungai untuk siasatan pencemaran, mengkoordinasikan penggunaan sensor untuk mengesan kebocoran secara cekap, dan menguruskan data kualiti air.

Fungsi OMA dan ketersediaannya di pelbagai platform seperti Google Play Store, Apple App Store dan VMware AirWatch telah mendapat maklum balas positif daripada petugas kami. Aplikasi ini mudah dilayari untuk pengurusan proses dan aktiviti, seterusnya membantu Air Selangor memastikan prestasi aset dan bekalan air tanpa gangguan.

 

Dengan bantuan OMA, Air Selangor berjaya mencapai kadar Air Tidak Berhasil (NRW) sebanyak 28.6 peratus pada tahun 2020, melebihi sasaran 29.2 peratus yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kedua-dua aplikasi mudah alih ini merangkumi reka bentuk modular, fleksibel untuk penambahbaikan, membolehkan integrasi lebih banyak ciri-ciri di masa hadapan untuk prestasi yang lebih baik dan peluang teknologi yang progresif. Aplikasi-aplikasi mudah alih ini telah menggunakan data digital untuk membuat keputusan perniagaan yang strategik bagi memenuhi keperluan pengguna dan operasi untuk perkhidmatan bekalan air yang cekap.

Air Selangor mensasarkan integrasi dan sinergi yang lancar di antara Aplikasi Mudah Alih Pengguna dan OMA menjelang tahun 2022, oleh itu apabila pasukan operasi di lokasi melaporkan kejadian gangguan air di OMA, pengkemaskinian akan dipaparkan dalam Aplikasi Mudah Alih Pengguna yang menampilkan kemas kini semasa mengenai status bekalan air.

Daripada format kertas kepada aplikasi digital telefon pintar, Air Selangor maju kehadapan menjadi sebuah organisasi yang dipacu inisiatif digital.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com

-TAMAT –

Related posts

default
Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual Berikutan P...
Media

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti di Lampiran A. …

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …