Soalan-soalan Lazim

 

  1. Bagaimana cara untuk saya menyumbang Box of Hope?
    Sumbangan anda boleh dibuat terus menerusi laman sesawang www.airselangor.com/boxofhope atau anda boleh ke lima (5) Village Grocer yang terpilih iaitu Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1Mont Kiara, i-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall Ampang.
  2. Siapa yang akan mendapat manfaat daripada sumbangan Box of Hope?
    Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan Yayasan Food Bank Malaysia bagi mengenal pasti keluarga B40 untuk menerima sumbangan Box of Hope.
  3. Adakah cukai caruman saya dikecualikan?
    Semua caruman Box of Hope tidak dikecualikan cukai.
  4. Mengapakah sumbangan saya tidak dapat pengecualian cukai?
    Sumbangan anda tidak dapat pengecualian cukai kerana Air Selangor bukan pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan (non-profit organisation).
  5. Adakah maklumat kad kredit dan akaun bank saya akan kekal sebagai maklumat sulit?
    Semua maklumat kewangan dan peribadi penyumbang dirahsiakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).
  6. Adakah cek diterima sebagai sumbangan?
    Cek tidak diterima sebagai sumbangan.
  7. Bolehkah saya membayar melalui platform e-dompet?
    Pembayaran melalui platform e-dompet belum disediakan buat masa ini.
  8. Saya menyumbang amaun yang salah daripada apa yang saya maksudkan. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik?
    Sila pastikan anda memilih jumlah yang betul untuk disumbangkan. Sumbangan yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
  9. Bolehkah saya menyumbang barangan lain seperti pakaian terpakai, peralatan dan barangan harian lain?
    Pada masa ini, inisiatif Box of Hope hanya menerima barangan makanan asas seperti beras, tepung, makanan dalam tin, minyak masak dan lain-lain.
  10. Saya tidak mempunyai akaun bank Malaysia. Adakah saya masih boleh menyumbang?
    Semua sumbangan hanya boleh dibuat melalui akaun bank tempatan melalui pindahan bank tempatan atau kad debit.