Air Selangor Terbit Coffee Table Book Jadi Panduan Industri Perkhidmatan Air

Kuala Lumpur – Sempena ulang tahun ketiga penubuhannya pada September 2019, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini melancarkan penerbitan coffee table book, sebuah naskah yang membawakan coretan dan lipatan sejarah perjalanan Air Selangor dalam industri  perkhidmatan air.

Bertajuk “Menelusuri Kisah Air Selangor”, buku tersebut menceritakan titik permulaan penstrukturan industri perkhidmatan air negara dan mengetengahkan peristiwa-peristiwa penting yang telah menyumbang ke arah penubuhan Air Selangor. Buku itu juga merangkumkan peranan, pencapaian dan perancangan masa depan Air Selangor dalam membentuk industri perkhidmatan air negara.

Hadir untuk merasmikan pelancaran penerbitan coffee table book ini di pusat beli belah One Utama, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata buku tersebut merekodkan pencapaian Air Selangor yang telah berjaya menjadi satu-satunya pemegang lesen untuk merawat dan mengagihkan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya setelah penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air berjaya dilaksanakan.

Tambah beliau, “Penerbitan buku ini adalah ibarat sebuah laporan kemajuan Air Selangor yang menampakkan secara jelas usaha Air Selangor dalam merencana strategi perniagaan dan operasi serta pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk kelestarian sistem bekalan air di negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor yakin usaha berterusan ini akan meletakkan Air Selangor setanding dengan operator-operator air di negara-negara maju satu masa nanti.”

Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyambut baik penerbitan naskah ini yang dianggap penting bagi mengingatkan semua pihak berkepentingan akan mandat dan amanah yang perlu didukung dalam ekosistem pengurusan dan pembekalan air, baik di peringkat negeri atau di peringkat nasional. Beliau juga yakin bahawa ini merupakan fokus utama Air Selangor yang sentiasa menjadikan pengguna air mereka sebagai tunjang utama dalam operasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata penerbitan Coffee Table Book itu mempunyai kenangan sentimental dalam sejarah organisasi Air Selangor dalam menempuh pelbagai cabaran untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terbesar negara dengan jumlah pengguna seramai 8.4 juta orang.

Sehingga kini, Air Selangor sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatannya dari semasa ke semasa dan memacu industri penyedia perkhidmatan air negara. Air Selangor juga mempunyai visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terunggul di Asia menjelang 2030.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …